MESKIPUN telah memainkan peranan penting dalam mengawal kebakaran yang terjadi di pusat beli-belah Century Square di Tampines, Sarjan Muhammad Azri Ad'nan, 27 dan Staf Sarjan Muhammad Farhan Safaruan, 31, enggan digelar wira.

Dua anggota Pasukan Polis Singapura (SPF) itu menarik perhatian orang ramai apabila mereka membantu mengawal kebakaran tersebut pada 5 November, walaupun mereka tidak bertugas pada masa itu.