Semasa berada dalam kereta api dari Kallang Bahru menuju ke Tampines, seorang penumpang menyaksikan seorang wanita muda yang turun di stesen MRT Bedok North meninggalkan buku notanya di atas tempat duduk.
Tanpa berlengah, dua budak lelaki yang berada berdekatan segera mengambil buku nota tersebut dan berlari keluar untuk memulangkannya kepada wanita tersebut, yang sudah hampir sampai ke eskalator.
Dua budak lelaki itu berjaya kembali masuk ke dalam kereta api sama sebelum pintu MRT tutup, kata penumpang yang menyaksikan kejadian itu, pengguna Facebook Tian Lu.
Menurut hantaran pengguna itu, kejadian itu berlaku pada sekitar 8.35 malam 12 November.
“Saya ingin memuji perbuatan mulia mereka dan berkongsi dengan orang lain,” kata Tian Lu dalam hantarannya yang turut memuat naik gambar dua budak lelaki itu.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg