SEORANG bekas jurutera Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) semalam dijatuhi hukuman penjara dua tahun, satu bulan dan enam minggu kerana menipu pemerintah melibatkan kontrak bernilai lebih $1.8 juta.

Rajkumar Padmanathan, 49 tahun, mengaku bersalah pada 9 Mei lalu atas 19 tuduhan menipu melibatkan lebih $150,000. Lagi 198 tuduhan menipu membabitkan baki jumlah diambil kira semasa hukuman dijatuhkan. Dia juga mengakui salah atas satu tuduhan rasuah dan lapan kesalahan yang melibatkan Akta Rahsia Rasmi (OSA).