Topic followed successfully
Go to BHkuTrafik keluar masuk S'pura-M'sia dijangka sesak hujung minggu ini
Trafik keluar masuk S'pura-M'sia dijangka sesak hujung minggu ini
Trafik keluar masuk S'pura-M'sia dijangka sesak hujung minggu ini

MEREKA yang ingin merentas sempadan darat antara Singapura dengan Malaysia pada hujung minggu ini boleh menjangkakan lalu lintas yang sesak di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas, kata Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Khamis (12 Mei).
Ini dek cuti Hari Vesak pada hujung minggu ini.
Trafik menuju ke seberang Tambak dijangka sesak antara esok dengan lusa, dan mereka yang tiba di Singapura antara Ahad dengan Isnin juga boleh menjangkakan masa menunggu lebih lama.
ICA berkata: "Semasa kemuncak cuti Hari Vesak pada 2019, pelawat yang berangkat dari Singapura melalui pusat pemeriksaan darat perlu menunggu hampir tiga jam.
"Bagi hujung minggu panjang akan datang ini, pelawat dinasihatkan untuk mengambil kira masa tambahan bagi pelepasan imigresen, dan untuk memeriksa keadaan trafik sebelum memulakan perjalanan mereka."
Bagi hujung minggu ini, ICA menjangkakan trafik dari Singapura dijangka sesak mulai esok, antara 3 petang dengan 11.59 malam, dan antara 6 pagi dengan 10 pagi, serta 4 petang dengan 9 malam Sabtu.
Apabila memasuki Singapura, trafik sesak boleh dijangkakan pada Ahad, antara 5 petang dengan 7 malam, dan pada Isnin antara 1 petang dengan 11.59 malam.
