ORANG ramai yang cuba membuat tempahan bagi slot solat Jumaat secara dalam talian pagi ini mungkin menghadapi sedikit kesukaran memasuki sistem tempahan, tetapi mereka digalakkan untuk terus mencuba.
Dalam satu kiriman di Facebook, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata ini disebabkan lonjakan yang sangat tinggi dalam bilangan orang yang cuba memasuki laman itu, yang dibuka pada 9 pagi tadi. Muis menggalak orang ramai untuk terus mencuba, dan berkata ia telah pun menerima tempahan yang berjaya dibuat. Solat Jumaat disambung semula di masjid-masjid Jumaat ini tetapi setiap sesi dihadkan kepada 50 orang dan hanya mereka yang telah membuat tempahan slot secara dalam talian akan dibenarkan untuk solat berjemaah. Mereka yang ingin tempah slot solat Jumaat dan jemaah boleh melungsuri https://ourmosques. commonspaces.sg. Selepas membuat tempahan, e-mel pengesahan akan dikirimkan kepada jemaah.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg