SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Transaksi bertindih: DBS kembalikan bayaran kepada pelanggan terjejas

Transaksi bertindih: DBS kembalikan bayaran kepada pelanggan terjejas

Jun 20, 2021 | 5:30 AM

Transaksi bertindih: DBS kembalikan bayaran kepada pelanggan terjejas

3a322f95-a054-444a-adce-8286b883ef87
-

DBS Bank telah mengembalikan wang kesemua pelanggannya yang terjejas dengan kerosakan sementara proses pembayaran yang menyebabkan transaksi kad kredit dan debit pelanggan dikenakan dua kali potongan.

Dalam satu pos Facebook semlam, bank terbesar Singapura itu berkata semua transaksi duplikat kad berkenaan telah dikembalikan dan sebarang bayaran yang timbul kerana kesilapan itu akan diberi pelepasan

"Sistem kami selamat, aman dan tanpa kompromi. Kami minta maaf atas kerisauan yang tidak seharusnya timbul dan kesal dengan gangguan itu," tambah bank itu.

DBS tidak menyatakan berapa ramai pelanggan yang terjejas dan nilai transaksi yang salah.

DBS akui gangguan itu menerusi Twitter sekitar 11.20 pagi kelmarin. Menjelang 7.50 malam, bank itu berkata bahawa masalah itu telah diatasi.

Sebilangan pelanggan mengatakan dalam talian bahawa transaksi bertindih menyebabkan akaun bank mereka tidak seimbang ada yang sehingga negatif.

Ada juga pengguna mengadu bahawa mereka tidak dapat masuk ke akaun mereka melalui aplikasi atau portal perbankan Internet kelmarin pagi.

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) berkata pihaknya telah mengarahkan DBS agar melakukan siasatan menyeluruh terhadap insiden itu dan menyerahkan laporannya.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg