SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

TTSH henti pengambilan pesakit baru mulai semalam

TTSH henti pengambilan pesakit baru mulai semalam

May 5, 2021 | 5:30 AM

TTSH henti pengambilan pesakit baru mulai semalam

HENTI AMBIL PESAKIT BARU: Hospital Tan Tock Seng (TTSH) telah berhenti mengambil pesakit baru sejak semalam. - Foto EPA-EFE
HENTI AMBIL PESAKIT BARU: Hospital Tan Tock Seng (TTSH) telah berhenti mengambil pesakit baru sejak semalam. - Foto EPA-EFE -

HOSPITAL Tan Tock Seng (TTSH) telah berhenti mengambil pesakit baru sejak semalam.

Hospital tersebut sedang berjuang untuk mengawal penularan kelompok Covid-19 dengan 35 pesakit yang mempunyai kaitan sehingga malam Isnin lalu.

Isnin lalu, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata hospital lain - kedua-dua hospital awam dan swasta - akan membantu sedang pesakit dilencongkan dari TTSH.

MOH juga telah mengarahkan kesemua hospital untuk menangguhkan operasi pembedahan dan pendaftaran masuk hospital tidak penting serta temu janji klinik luaran pakar tidak penting, sehingga maklumat lanjut.

TTSH menyatakan dalam satu catatan Facebook pagi semalam bahawa mereka yang memerlukan jagaan mendesak perlu mengunjungi klinik perubatan umum (GP) atau kemudahan jagaan berdekatan.

"Kami amat mengharapkan pemahaman anda agar kami boleh memberi tumpuan untuk mengawal kelompok hospital Covid-19, memulihara tenaga buruh dan terus menyokong respon pandemik di Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit semasa tempoh ini," kata TTSH.

Hospital itu menambah bahawa ia akan terus menyemak langkahnya dengan pihak kementerian dan mengambil segala tindakan yang diperlukan bagi keselamatan semua pesakit dan kakitangan.

Kelompok TTSH mula berlaku minggu lalu selepas seorang jururawat di wad hospital 9 D disahkan dijangkiti Covid-19 pada 28 April lalu.

Sejak itu, lagi 34 orang telah ditambah kepada kelompok tersebut.

Seorang daripadanya, iaitu pesakit 88 tahun yang berada di wad 9D, telah meninggal dunia.

KES COVID-19 SG

JUMLAH BARU: 17 DALAM MASYARAKAT: 5 IMPORT: 12 DI DORMITORI: 0 JUMLAH KEMATIAN: 31 JUMLAH KESELURUHAN: 61,252 (Hingga 12 tengah hari semalam)

Laporan terkini kes Covid-19 setempat di www.bh.sg

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg