Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ucapan ringkas Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam bahasa Melayu mengenai Covid-19 di Singapura

Dec 14, 2020 | 7:24 PM
Foto GOV.SG
Foto GOV.SG -

SEJAK Covid-19 tercetus, pasukan saya gigih berusaha di belakang tabir untuk mendapatkan bekalan vaksin bagi Singapura. Kerja keras pelbagai agensi sepanjang beberapa bulan lalu, kini sudah berhasil.

Dengan besar hati, saya mahu memberitahu bahawa Pemerintah telah berjaya membeli bekalan vaksin Covid-19 untuk Singapura. Penghantaran pertama dijadualkan tiba bulan ini. Ini menjadikan Singapura antara negara pertama di dunia yang bakal menerima vaksin tersebut.

Pemerintah akan menawarkan suntikan vaksin secara percuma kepada semua penduduk Singapura. Sepanjang 12 bulan mendatang, kami mahu memberi suntikan kepada penduduk setempat secara bertahap-tahap.

Keutamaan akan diberikan kepada golongan yang paling memerlukan seperti para karyawan perubatan dan penjagaan kesihatan serta warga emas kita. Bagi penduduk yang lain, kami jangkakan vaksinasi untuk anda boleh selesai dilakukan menjelang akhir 2021.

Para doktor dan pakar Kementerian Kesihatan berpuas hati bahawa vaksin tersebut selamat digunakan dan berkesan. Saya yakin dengan pandangan mereka. Saya sendiri dan rakan-rakan saya dalam Kabinet akan mendapatkan suntikan vaksin ini.

Vaksinasi akan dilakukan secara sukarela. Tetapi, saya sangat-sangat galakkan agar anda sekeluarga mendapatkan suntikan vaksin ini. Jika lebih ramai di antara kita disuntik, risiko jangkitan Covid-19 akan berkurangan di Singapura. Kita akan lebih selamat dan mutu kehidupan kita boleh kembali hampir seperti sedia kala.

Terima kasih

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg