Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ucapan takziah S'pura kepada rakyat Turkey

Jun 29, 2016 | 4:48 PM
SIAP SIAGA: Pegawai polis melakukan rondaan di lapangan terbang Istanbul menyusuli serangan nekad yang mengakibatkan kira-kira 36 terbunuh dan lebih 140 cedera awal pagi tadi. - Foto REUTERS
SIAP SIAGA: Pegawai polis melakukan rondaan di lapangan terbang Istanbul menyusuli serangan nekad yang mengakibatkan kira-kira 36 terbunuh dan lebih 140 cedera awal pagi tadi. - Foto REUTERS -

PRESIDEN Tony Tan Keng Yam dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong merakamkan ucapan takziah kepada rakan sejawatan mereka di Turkey menyusuli serangan ganas di lapangan terbang antarabangsa Istanbul, awal pagi tadi.

Demikian menurut kenyataannya, Kementerian Ehwal Luar, hari ini.

"Saya amat terperanjat dengan serangan ganas di Lapangan Terbang Ataturk Istanbul pada 28 Jun 2016 dan bersedih atas kehilangan banyak nyawa," tulis Dr Tan kepada Presiden Turkey, Encik Recep Tayyip Erdogan.

" Singapura mengutuk keras tindakan ganas ke atas orang tidak berdosa dan bersatu dengan Turkey dalam memerangi terorisme."

Serangan ganas itu mengorbankan sekurang-kurangnya 36 orang, meranapkan salah satu terminal pada waktu tersibuk sekarang ini sedang Turkey cuba menampung kebajiran pelarian dari Syria akibat peperangan saudara yang sedang berlaku.

Encik Lee berkata, beliau berasa "terkejut dan sedih bila mendapat tahu tentang serangan ganas itu", dalam suratnya kepada Perdana Menteri Binali Yildirim.

"Singapura mengutuk keras tindakan paling hina ini dan berdiri dalam bersama-sama Turkey dalam memerangi terorisme," kata Encik Lee.

"Bagi pihak Singapura, saya ingin menyampaikan ucapan takziah paling dalam kepada keluarga mangsa dan mengharapkan mereka yang cedera dalam pulih segera dan sepenuhnya."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg