Topic followed successfully
Go to BHkuUjian Covid-19 bermula buat penduduk di Tiong Bahru
Ujian Covid-19 bermula buat penduduk di Tiong Bahru
Ujian Covid-19 bermula buat penduduk di Tiong Bahru
SEBILANGAN penduduk daripada beberapa blok di Tiong Bahru dilihat memasuki sebuah astaka bagi menjalani ujian swab Covid-19 wajib pada pagi Sabtu (26 Jun). Ini setelah 13 penduduk daripada tiga isi rumah di Blok 66 Eng Watt Street didapati positif koronavirus itu, dengan Kementerian Kesihatan (MOH) berharap dapat membendung penularan dalam masyarakat yang lebih luas dan belum dapat dikesan. Cik Janine Stein, 59 tahun, seorang penerbit dalam industri hiburan, adalah antara yang pertama menjalani ujian itu selepas operasi ujian bermula 9 pagi. Beliau berasa bimbang setelah mendengar tentang beberapa kes di bloknya, terutama kerana tidak jelas bagaimana kes itu dapat dikaitkan atau bagaimana penularannya berlaku. Ujian wajib bagi semua penduduk di blok tersebut dilakukan di astaka di 2D Boon Tiong Road pada Sabtu dan Ahad, dari 9 pagi hingga 4 petang. Pengunjung dan mereka yang telah berinteraksi dengan penduduk dari Blok 66 Eng Watt Street antara 8 dengan 22 Jun juga digalakkan untuk menjalani ujian.

