Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ujian Covid-19 diperluas kepada pesakit 13 tahun dan ke atas dengan jangkitan pernafasan akut mulai 1 Julai

Jun 25, 2020 | 7:10 PM
Buat masa ini, pesakit berusia 45 tahun dan ke atas yang menunjukkan simptom jangkitan penafasan akut diuji bagi Covid-19. - Foto FAIL ST
Buat masa ini, pesakit berusia 45 tahun dan ke atas yang menunjukkan simptom jangkitan penafasan akut diuji bagi Covid-19. - Foto FAIL ST -

MULAI 1 Julai, semua pesakit berusia 13 tahun dan ke atas yang ke klinik menunjukkan tanda jangkitan pernafasan akut akan diuji bagi Covid-19, kata Menteri Kesihatan Gam Kim Yong pada Khamis (25 Jun).

Berucap di satu sidang akhbar maya, Encik Gan berkata ini adalah sebahagian langkah untuk menangani penularan koronaviurs, sedang kes jangkitan dijangka meningkat dengan Singapura membuka ekonominya secara bertahap.

Buat masa ini, individu berusia 45 tahun dan ke atas yang menunjukkan simptom jangkitan pernafasan akut diuji bagi Covid-19 semasa lawatan pertama mereka ke doktor.

Pengarah khidmat perubatan Kementerian Kesihatan (MOH), Profesor Madya Kenneth Mak, yang juga di sidang sama, berkata tiada ujian yang diperlukan bagi mereka yang berkempen untuk Pilihan Raya Umum tahun ini buat masa sekarang.

Namun, beliau menambah calon dan penyokong mereka perlu mematuhi langkah jarak selamat bagi melindungi kesihatan dan keselamatan umum.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg