Topic followed successfully
Go to BHkuUjian pernafasan tidak lama lagi boleh digunakan pada skala besar di S'pura
Ujian pernafasan tidak lama lagi boleh digunakan pada skala besar di S'pura
Ujian pernafasan tidak lama lagi boleh digunakan pada skala besar di S'pura
SINGAPURA tidak lama lagi boleh menggunakan breathalyser atau ujian pernafasan Covid-19, pada skala lebih besar.
Penggunaan ujian itu, yang memberi keputusan lebih pantas, boleh membantu dalam aturan perjalanan selamat serta pemeriksaan di acara besar-besaran.
Syarikat teknologi perubatan Silver Factor Technology sedang bekerjasama dengan Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID), Lapangan Terbang Changi dan firma keselamatan Certis untuk membangun ujian pernafasan itu, lapor The Straits Times.
Ujian pernafasan TracieX, yang dibangun Silver Factory, dilaporkan hampir tepat dengan ujian reaksi rantai polimerase (PCR), meskipun ia mengambil hanya dua minit untuk memberi keputusan.
Kos ujian pernafasan itu juga lebih rendah - $26 bagi setiap ujian.

