Topic followed successfully
Go to BHkuUjian swab wajib bagi penduduk di dua blok HDB di Choa Chu Kang, Lakeside
Ujian swab wajib bagi penduduk di dua blok HDB di Choa Chu Kang, Lakeside
Ujian swab wajib bagi penduduk di dua blok HDB di Choa Chu Kang, Lakeside
PENDUDUK di dua blok HDB di Choa Chu Kang dan Lakeside akan diperlukan menjalani ujian swab wajib bagi Covid-19 setelah 11 kes dikesan di sana.
Dua blok itu ialah 3 Teck Whye Avenue dan 357 Yung An Road.
Kementerian Kesihatan (MOH) berkata, tujuh kes jangkitan Covid-19 dikesan di empat rumah di 3 Teck Whye Avenue.
Ujian swab wajib bagi semua penduduk di blok itu akan berlangsung esok (30 Julai) antara 9 pagi dengan 4 petang di kolong blok 1 Teck Whye Avenue.
Di Lakeside pula, tiga kes Covid-19 telah dikesan di tiga rumah di 357 Yung An Road dan ujian akan dilakukan antara 9 pagi dengan 4 petang di pavilion antara Blok 357 dan 359.
MOH berkata ujian tersebut tidak wajib bagi mereka yang diuji negatif bagi Covid-19 dari 25 Julai lalu. - The Straits Times

