SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Umrah: Amtas galak GSA persiap apa jua kemungkinan

Umrah: Amtas galak GSA persiap apa jua kemungkinan

Saran GSA bincang dengan jemaah berhubung deposit yang telah dibayar; memulangkannya bergantung ke atas beberapa faktor
Feb 28, 2021 | 5:30 AM

Umrah: Amtas galak GSA persiap apa jua kemungkinan

24cbf307-13c3-4f3b-ad7b-ca3d22b2c93a
-

PERSATUAN Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas) berkata ejen penjualan pakej haji dan umrah (GSA) perlu berbincang dengan jemaah umrah berhubung wang pendahuluan yang dibayar jemaah umrah memandangkan ibadah umrah tidak dapat dijalankan buat masa ini akibat sekatan pergerakan antara sempadan.

Ini kerana pengembalian wang kepada jemaah bergantung kepada keadaan GSA yang berbeza-beza.

Menurut Amtas, terdapat GSA yang telah atau belum menerima deposit yang dibayar kepada pembekal yang menyediakan khidmat seperti penerbangan dan hotel.

"Saya faham agak sukar untuk pihak agensi mengembalikan wang kepada jemaah kerana mereka sendiri belum mendapatkan kepastian mengenai pengembalian wang daripada pihak hotel ataupun syarikat penerbangan," kata Encik Shaik Dawood Mohd Yacob, Setiausaha Agung Amtas, ketika ditanya Berita Minggu (BM).

Isu ini timbul kerana terdapat jemaah yang ingin wang mereka dikembalikan tetapi belum memperolehinya.

Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata terdapat GSA yang menghadapi masalah mendapatkan semula wang itu apabila pembayaran telah dibuat kepada pihak hotel dan syarikat penerbangan di sana.

Menurutnya, ada syarikat penerbangan yang telah memulangkan wang deposit manakala pihak hotel pula hanya mengeluarkan nota kredit yang boleh digunakan di masa akan datang.

Cik Zaiton Mohammad, 50-an tahun, seorang jemaah yang sepatutnya berangkat pada 9 Mei tahun lalu untuk mengerjakan umrah Ramadan bersama syarikat Sunny Island Travel & Tours, meluahkan rasa syukur kerana wang pendahuluannya sebanyak $1,000 telah dikembalikan oleh GSA itu.

Pengerusi Sunny Island Travel & Tours, Cik Zaheedah Yahya, memutuskan untuk memulangkan wang jemaah yang telah dibayar pada Ogos lalu apabila keadaan pandemik menjadi semakin buruk.

Encik JW Sani, 49 tahun, pula berkata GSA-nya, Afandi Travel and Services, memberinya pilihan dan beliau memutuskan untuk tidak mendapatkan semula wang sebanyak $1,500 yang telah dibayar bagi pakejnya kerana menaruh harapan dapat menjalankan umrah dengan agensi itu pada masa depan. Beliau sepatutnya berangkat pada 14 Mac tahun lalu bersama adiknya.

"Kami diberi pilihan untuk terus tunggu perkembangan pandemik, atau mendapatkan semula wang," katanya.

Pengarah (Ejen Pelancongan dan Pemandu Pelancongan) Lembaga Pelancongan Singapura (STB), Encik Kenneth Lim, berkata pelanggan digalak membeli pakej pelancongan dari ejen pelancongan berlesen yang perlu memenuhi syarat-syarat seperti memaklumkan kepada pelanggan mengenai syarat pembatalan, perubahan produk pelancongan dan menghuraikan pertikaian dengan pelanggan.

Diminta mengulas, jurucakap Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) memahami kesukaran keadaan yang dihadapi pihak GSA disebabkan penundaan ibadah umrah.

"Dewan akan terus bekerjasama dengan anggotanya, menasihati mereka mengenai pengurusan kontrak dan mencari huraian bersama.

"Dewan berharap anggotanya dapat mengekalkan perniagaan mereka di tengah-tengah cabaran ini dan akan terus membantu mereka,'' ujar jurucakap itu.

Laporan lanjut:

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg