PARA penduduk kawasan undi Nee Soon Link kini boleh menerokai lebih banyak pendigitalan dalam kehidupan mereka seperti melalui perkebunan masyarakat yang memanfaatkan data dan pengetahuan.

Lebih 1,100 warga emas juga telah mempelajari kemahiran digital baru termasuk mengamalkan e-bayaran sejak Disember 2021.

Kawasan Nee Soon Link terdiri daripada 25 peratus warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.

Usaha sedemikian adalah sebahagian daripada usaha pertubuhan akar umbi (GRO) GRC Nee Soon untuk memajukan perjalanan pendigitalan penduduk bagi membina masyarakat inklusif yang lebih celik digital, kata Anggota Parlimen (AP) GRC Nee Soon Encik Derrick Goh.

Beliau menyatakan sedemikian setelah lawatan masyarakat menteri oleh Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng, di divisyen Nee Soon Link pagi semalam.