SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Ustazah terkait dengan tinjauan berbaur lucah buat laporan polis

Ustazah terkait dengan tinjauan berbaur lucah buat laporan polis

May 28, 2021 | 5:30 AM

Ustazah terkait dengan tinjauan berbaur lucah buat laporan polis

- Foto ihsan LIYANA MUSFIRAH ANWAR
- Foto ihsan LIYANA MUSFIRAH ANWAR -

SEORANG ustazah yang nama, gambar dan videonya disenaraikan dalam tinjauan dalam talian yang menilai 12 ustazah setempat berdasarkan tarikan seksual mereka, telah membuat laporan polis.

Ustazah Liyana Musfirah Anwar (gambar), memberitahu Berita Harian sedemikian semalam.

Menjawab pertanyaan akhbar ini, polis mengesahkan bahawa satu laporan telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan.

Berita mengenai tinjauan itu, yang difahami diterbitkan di sebuah aplikasi serupa Facebook, menjadi tular selepas usahawan dan pempengaruh media sosial Ustaz Muhammad Zahid Mohd Zin berkata di Instagram lewat kelmarin bahawa beliau akan berusaha memberi bantuan kepada asatizah yang terbabit.

Kejadian itu turut ditegur oleh Presiden Halimah Yacob yang menyatakan ia merupakan jenis gangguan paling teruk yang menyalahi undang-undang Singapura.

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad pula berkata beliau telah meminta siasatan sewajarnya dilakukan oleh polis dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg