Topic followed successfully
Go to BHkuVan terbakar selepas terbabas, 4 penumpang alami kelecuran
Van terbakar selepas terbabas, 4 penumpang alami kelecuran
Van terbakar selepas terbabas, 4 penumpang alami kelecuran
SATU kemalangan van di Jurong Hill menyebabkan empat orang mengalami kelecuran pada petang Isnin (26 April).
Seorang lelaki berusia 22 tahun pula ditangkap kerana mabuk ketika memandu.
Seorang jurucakap Pasukan Pertahanan Awam (SCDF) berkata pihaknya telah diberitahu mengenai kenderaan yang terbakar di Jurong Hill sekitar 7.30 malam.
"Kebakaran tersebut menjejas seluruh van dengan SCDF memadamkan api menggunakan pancutan air. Penyebab kebakaran itu masih disiasat," jelas jurucakap SCDF.
Menurutnya lagi, seorang mangsa digegaskan ke Hospital Universiti Nasional (NUH) manakala tiga lagi dihantar ke Hospital Besar Ng Teng Fong.
Seorang jurucakap polis pula menambah keempat-empat individu berkenaan - semuanya penumpang van berusia antara 17 dengan 21 tahun masih sedarkan diri.
Akhbar Cina Shin Min Daily News melaporkan van itu hilang kawalan dan merempuh belukar sebelum terbalik.
Terdapat tujuh orang dalam van itu termasuk seorang yang berlumuran darah yang meminta bantuan selepas dapat menyelamatkan diri daripada van terbakar itu.

