SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Vivian: Tiada huraian pantas bagi krisis Myanmar

Vivian: Tiada huraian pantas bagi krisis Myanmar

Mar 28, 2021 | 5:30 AM

Vivian: Tiada huraian pantas bagi krisis Myanmar

BERTUKAR-TUKAR PANDANGAN: Dr Vivian Balakrishnan (dua dari kiri) bertemu Presiden Joko Widodo (dua dari kanan) dan Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi (kanan) kelmarin. - Foto BIRO PERS SEKRETARIAT PRESIDEN
BERTUKAR-TUKAR PANDANGAN: Dr Vivian Balakrishnan (dua dari kiri) bertemu Presiden Joko Widodo (dua dari kanan) dan Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi (kanan) kelmarin. - Foto BIRO PERS SEKRETARIAT PRESIDEN -

USAH mengharapkan huraian pantas bagi krisis di Myanmar, kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, setelah mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, kelmarin.

Dalam pertemuan itu, selain rampasan kuasa tentera di Myanmar, dua pemimpin itu bertukar-tukar pandangan tentang peluang dalam ekonomi hijau.

Mengenari krisis Myanmar, Dr Balakrishnan berkata adalah penting Asean menggariskan pendiriannya demi kewibawaan dan kerelevanan kumpulan itu, selain menawarkan bantuan membina kepada negara anggotanya itu.

"Ia bukan topik menggembirakan. Ia sebuah tragedi... ia akan memakan masa untuk diselesaikan," ujar beliau kepada media tempatan bagi menggulung lawatan dua hari beliau ke Jakarta, perhentian terakhirnya dalam rangka lawatan ke negara jiran Brunei dan Malaysia sejak Isnin lalu.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg