SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Wakil pelbagai agama doa bagi keselamatan pelajar

Wakil pelbagai agama doa bagi keselamatan pelajar

Jul 24, 2021 | 5:30 AM

Wakil pelbagai agama doa bagi keselamatan pelajar

DEMI KEBAIKAN: Dr Maliki (paling kiri) menyertai sesi berdoa buat keselamatan semua pelajar oleh wakil berbeza agama, yang dipimpini Habib Hassan (enam dari kiri) di Raffles Town Club semalam. - Foto BH oleh TIMOTHY DAVID
DEMI KEBAIKAN: Dr Maliki (paling kiri) menyertai sesi berdoa buat keselamatan semua pelajar oleh wakil berbeza agama, yang dipimpini Habib Hassan (enam dari kiri) di Raffles Town Club semalam. - Foto BH oleh TIMOTHY DAVID -

SUASANA syahdu menyelubungi dewan di Raffles Town Club semalam apabila wakil 10 agama dari Pertubuhan Antara Agama (IRO), bersama-sama berdoa bagi keselamatan pelajar di Singapura serta untuk perpaduan negara.

Acara ini diadakan bagi memperingati pelajar berusia 13 tahun yang disyaki dibunuh rakan sekolahnya di Sekolah Tinggi River Valley (RVHS).

Ia turut dihadiri Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman.

Imam Masjid Ba'alwie, Syed Hassan Al-Attas, memimpin bacaan doa bagi keselamatan semua pelajar dan kakitangan sekolah itu. Habib Hassan turut mendoakan agar Singapura terus berjaya membina masyarakat berbilang agama dan bangsa yang hidup harmoni.

Selain Islam, agama Hindu, Yahudi, Zoroastrian, Buddha, Tao, Jain, Kristian, Sikh dan Baha'i turut diwakili.

Laporan lanjut:

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg