Topik diikuti
Pergi ke BHkuWalau di Sydney, kerja akar umbi di sini masih dipantau
Jan 9, 2017 | 5:30 AM
Walau di Sydney, kerja akar umbi di sini masih dipantau
BELIAU berada beribu-ribu kilometer dari tanah air selama beberapa bulan tahun lalu tetapi kerja akar umbi dan keperluan masyarakat di sini tidak pernah luput daripada ingatan Encik Muhammad Ashiq Chu Muhd Hisham Chu.
Encik Muhammad Ashiq, 27 tahun, yang juga naib pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Belia (YEC) Kelab Masyarakat (CC) Kebun Baru sering menghubungi rakan sepasukannya menerusi e-mel dan WhatsApp selain terus menghubungi rakan kerja bagi projek masyarakat di kawasan Kebun Baru itu.