SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Wanita 35 tahun kes baru Covid-19 dalam masyarakat, 17 lagi kes import

Wanita 35 tahun kes baru Covid-19 dalam masyarakat, 17 lagi kes import

Feb 3, 2021 | 10:51 PM

Wanita 35 tahun kes baru Covid-19 dalam masyarakat, 17 lagi kes import

Terdapat 18 kes baru Covid-19 pada 3 Feb. - Foto fail
Terdapat 18 kes baru Covid-19 pada 3 Feb. - Foto fail -

SEORANG wanita warga India berusia 35 tahun yang memegang Pas Lawatan Jangka Panjang merupakan satu-satunya kes baru Covid-19 dalam masyarakat pada Rabu (3 Feb).

Beliau telah ke India dari 30 November 2020 dan pulang ke Singapura pada 6 Januari 2021.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), ujian pra-perjalanan yang diambil wanita itu di India pada 4 Januari sebelum penerbangannya ke sini didapati negatif.

Setibanya di Singapura, beliau diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) dan ditempatkan di sebuah kemudahan khusus bagi SHN sehingga 20 Januari lalu.

Ujian swab yang dilakukan pada 17 Januari didapati negatif.

Beliau asimptomatik dan didapati mempunyai koronavirus itu apabila mengambil ujian Covid-19 pada 2 Februari lalu semasa membuat persediaan pergi ke India.

Wanita itu dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK pada keesokan harinya apabila keputusan ujian tersebut didapati positif.

"Kami telah mengklasifikasikan kes ini sebagai jangkitan setempat sementara menunggu keputusan ujian serologinya.

"Jika ujian serologi tersebut didapati positif dan siasatan epidemiologi mendapati ia disebabkan jangkitan lalu, kami akan mengklasifikasikannya semula sebagai kes import," jelas MOH.

Sementara itu, semua kontak dekat dan ahli keluarganya telah diasingkan dan dikuarantin, kata kementerian tersebut.

Dalam pada itu, MOH berkata terdapat lagi 17 kes import yang disahkan hari ini.

Ini termasuk seorang Penduduk Tetap (PR) yang pulang dari India, seorang pemegang Pas Kerja yang juga dari India, 14 pemegang Permit Kerja dari Bangladesh, Indonesia dan Malaysia, serta seorang anak kapal yang memegang Pas Istimewa yang datang dari Indonesia untuk menaiki kapal di sini.

Kesemua mereka telah diberi SHN.
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg