SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Wanita 84 tahun yang kunjungi blok Bukit Merah View meninggal dunia dari Covid-19

Wanita 84 tahun yang kunjungi blok Bukit Merah View meninggal dunia dari Covid-19

Jun 26, 2021 | 11:18 PM

Wanita 84 tahun yang kunjungi blok Bukit Merah View meninggal dunia dari Covid-19

-

SEORANG wanita Singapura berusia 84 tahun telah meninggal dunia akibat komplikasi ekoran jangkitan Covid-19, lapor Kementerian Kesihatan (KKM) pada Sabtu malam (26 Jun). Beliau diuji bagi Covid-19 pada 15 Jun sebagai sebahagian ujian pengawasan masyarakat MOH bagi pengunjung ke Blok 115 dan 116 Bukit Merah View, dan disahkan mengalami jangkitan pada hari sama. Beliau belum diberi vaksin dan mempunyai sejarah penyakit barah dan darah tinggi. Ini menjadikan jumlah kematian Covid-19 di Singapura meningkat kepada 36 orang. Pada Sabtu, MOH melaporkan 13 kes baru jangkitan Covid-19 tempatan, semuanya dalam masyarakat dan tidak ada di asrama pekerja hijrahan. Lima daripada kes itu dikaitkan dengan kes sebelumnya dan telah dikenakan kuarantin. Lapan dikesan melalui pengawasan, antaranya empat yang dikaitkan dengan kes sebelumnya. Empat kes kini tidak terkait. Antara kes baru ialah jururawat berusia 21 tahun, porter berusia 48 tahun dan porter berusia 66 tahun, yang bekerja di Hospital Besar Changi (CGH). Ini menjadikan jumlah kes dalam kelompok CGH menjadi lima. Sementara itu, seorang pegawai polis berusia 28 tahun juga didapati positif dijangkiti virus tersebut. Beliau bertugas di Pusat Polis Kejiranan Bukit Merah Barat di 500 Bukit Merah View, dan kali terakhir bekerja pada 22 Jun. Secara keseluruhan, MOH mengatakan jumlah kes baru dalam masyarakat telah menurun daripada 109 kes pada minggu sebelumnya kepada 92 kes pada minggu lalu. Namun jumlah kes yang tidak ada kaitan dalam masyarakat telah meningkat daripada 13 kes pada minggu sebelumnya kepada 19 kes pada minggu lalu.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg