Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wanita S'pura 72 tahun disahkan menghidap Covid-19 selepas meninggal dunia: MOH

Jul 18, 2020 | 12:23 AM
JANGKITAN HANYA DIKESAN SEHARI SELEPAS KEMATIAN: Seorang wanita Singapura berusia 72 tahun dikejarkan ke Jabatan Kecemasan, Hospital Universiti Nasional (NUH) pada 15 Julai lalu tetapi meninggal dunia pada hari yang sama kerana pendarahan dalam tisu otak. Beliau hanya dikesan menghidap Covid-19 sehari selepas kematiannya. - Foto NUH
JANGKITAN HANYA DIKESAN SEHARI SELEPAS KEMATIAN: Seorang wanita Singapura berusia 72 tahun dikejarkan ke Jabatan Kecemasan, Hospital Universiti Nasional (NUH) pada 15 Julai lalu tetapi meninggal dunia pada hari yang sama kerana pendarahan dalam tisu otak. Beliau hanya dikesan menghidap Covid-19 sehari selepas kematiannya. - Foto NUH -

SEORANG wanita warga Singapura berusia 72 tahun yang meninggal dunia pada 15 Julai lalu disahkan menghidap Covid-19 sehari selepas kematiannya.

Dalam kenyataannya malam tadi (Jumaat, 17 Julai), Kementerian Kesihatan (MOH) mendedahkan bahawa wanita yang mempunyai sejarah penyakit kencing manis itu telah dikejarkan ke jabatan kecemasan Hospital Universiti Nasional (NUH) pada 15 Julai lalu kerana sebab-sebab yang tiada kaitan dengan Covid-19.

Punca kematiannya dikenal pasti sebagai pendarahan dalam tisu otak atau 'intercerebral haemorrhage' yang juga merupakan sejenis strok yang mengancam nyawa.

Siasatan epidemiologi sedang dijalankan mengenai kes wanita ini. Dalam pada itu, kesemua kenalan dekatnya menjalani pengasingan dan dikuarantin di samping diuji pada awal dan akhir tempoh kuarantin bagi mengesan kes yang mungkin tidak menampakkan sebarang tanda-tanda jangkitan.

MOH juga mendedahkan sebanyak 321 pesakit Covid-19 sudah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat. Masih ada 165 kes lagi dirawat di hospital dengan kebanyakannya berada dalam keadaan mantap atau kian pulih.

Sehingga 12 tengah hari semalam (17 Julai), sebanyak 327 kes baru dikenal pasti dengan kebanyakannya merupakan pemegang permit kerja yang menetap di dormitori asing. Terdapat tiga kes import melibatkan warga Singapura yang pulang dari Filipina pada 6 Julai lalu dan dua kanak-kanak dengan pas tanggungan atau pas lawatan jangka panjang yang datang ke sini dari India pada 26 Jun lalu. Ketiga-tiganya telah pun diberi Notis Jangan Keluar Rumah selama 14 hari sejurus sampai ke Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg