SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

2 cawangan F&B akan didakwa, 104 orang didenda kerana pelanggaran Covid-19 di taman dan pantai hujung minggu lalu

2 cawangan F&B akan didakwa, 104 orang didenda kerana pelanggaran Covid-19 di taman dan pantai hujung minggu lalu

Jan 29, 2021 | 9:46 PM

2 cawangan F&B akan didakwa, 104 orang didenda kerana pelanggaran Covid-19 di taman dan pantai hujung minggu lalu

27 orang didenda kerana berkumpul dalam kumpulan lebih lapan orang dan bergaul di Taman Pantai Changi.
27 orang didenda kerana berkumpul dalam kumpulan lebih lapan orang dan bergaul di Taman Pantai Changi. - Lembaga Taman Negara

DUA pengendali makanan dan minuman (F&B) akan didakwa pada Selasa (2 Feb) kerana didakwa melanggar langkah pengurusan selamat, dengan salah satu daripadanya terus beroperasi walaupun telah diarah tutup setelah beberapa pelanggaran sebelumnya. Mereka adalah di antara 12 cawangan F&B yang dikenakan sekatan, dengan empat daripadanya diarah tutup dan enam didenda. Seramai 131 orang juga telah didenda kerana melanggar peraturan Covid-19 termasuk 104 yang berkumpul dalam kumpulan dengan lebih lapan orang dan bergaul di taman dan pantai. Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata semuanya ditahan sebagai sebahagian daripada pemeriksaan yang dipertingkat oleh agensi pemerintah ke atas premis F&B, pusat beli-belah dan ruang awam lain minggu lalu pada 22 dan 23 Januari.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg