Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warga emas, remaja S'pura antara 5 kes import jangkitan Covid-19: MOH

Nov 16, 2020 | 10:33 PM
KES IMPORT TERKINI: Dalam kalangan lima kes import jangkitan Covid-19 yang baru dikenal pasti Kementerian Kesihatan (MOH), dua daripadanya adalah warga Singapura dengan sejarah perjalanan dari India dan United Kingdom. - Foto CHINESE MEDIA GROUP
KES IMPORT TERKINI: Dalam kalangan lima kes import jangkitan Covid-19 yang baru dikenal pasti Kementerian Kesihatan (MOH), dua daripadanya adalah warga Singapura dengan sejarah perjalanan dari India dan United Kingdom. - Foto CHINESE MEDIA GROUP -

DUA warga Singapura yang kembali ke sini dari United Kingdom dan India adalah antara lima kes import jangkitan Covid-19 yang baru dikenal pasti Kementerian Kesihatan (MOH) pada Isnin (16 Oktober).

MOH, dalam kenyataannya pada Isnin malam, berkata salah seorang daripadanya merupakan lelaki warga emas berusia 74 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan dari India. Seorang lagi adalah remaja perempuan berusia 19 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan dari United Kingdom.

Lagi dua kes pula adalah pemegang pas lawatan jangka panjang yang mempunyai sejarah perjalanan dari Russia dan Indonesia.

Baki satu kes pula adalah pemegang permit kerja yang kini bertugas di Singapura dan sampai ke sini dari Indonesia.

Kesemua lima kes import sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sejurus tiba di Singapura. Mereka diuji positif sewaktu menjalani SHN.

Tiada kes tempatan dikesan pada Isnin.

Dalam pada itu, empat kes jangkitan Covid-19 sudah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.

Sebanyak 40 kes pula masih dirawat di hospital dengan kebanyakannya berada dalam keadaan mantap atau kian pulih.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg