KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) berkata daripada enam kes Covid-19 dalam masyarakat yang dilaporkan pada Jumaat (21 Ogos), seorang merupakan lelaki berusia 61 tahun yang telah ke kerja di SLR Revolution di Excelsior Shopping Centre. Warga Singapura itu ke kerja selepas mempunyai simptom dan dikesan di bawah ujian masyarakat dipertingkat untuk individu berusia 13 tahun dan ke atas yang menghidapi jangkitan pernafasan akut (ARI) bila berjumpa doktor.
Daripada kalangan 13 kes diimport pula, seorang merupakan warga Singapura yang telah pulang dari India pada 7 Ogos lalu, kata MOH dalam kenyataannya, Jumaat malam (21 Ogos).
Manakala dua merupakan pemegang Pas Kunjungan Tempoh Pendek yang masing-masing tiba di Singapura dari India pada 7 Ogos dan Filipina pada 9 Ogos.
MOH berkata mereka dibenarkan masuk ke Singapura kerana salah seorang daripada mereka merupakan pasangan dan juga seorang penjaga kepada seorang pesakit yang sedang menerima rawatan perubatan di Singapura, sementara seorang lagi diambil bekerja di sini berdasarkan projek.
Singapura pada Jumaat mengesahkan 117 kes jangkitan, dengan kebanyakannya merupakan pekerja asing yang tinggal di dormitori.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg