SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Warga S'pura diberkas di Thailand kerana didakwa hantar dadah melalui udara

Warga S'pura diberkas di Thailand kerana didakwa hantar dadah melalui udara

Jun 4, 2021 | 9:11 PM

Warga S'pura diberkas di Thailand kerana didakwa hantar dadah melalui udara

Langkah itu menyusuli kerjasama erat antara polis Thailand dengan CNB.
Langkah itu menyusuli kerjasama erat antara polis Thailand dengan CNB. - ONCB THAILAND

SEORANG lelaki warga Singapura telah ditangkap oleh polis di Thailand kerana didakwa menghantar dadah ke negara ini. Encik Thanakrit Jitareerat, setiausaha menteri keadilan, mengenal pasti lelaki itu sebagai Teo Zhi Jiz, 27 tahun. Bangkok Post melaporkan yang Teo ditangkap di bilik hotelnya di Bangkok pada Khamis (3 Jun) berikutan laporan bahawa Biro Narkotik Pusat (CNB) Singapura telah merampas sekitar 3 kilogram methamphetamin yang juga dikenali sebagai 'Ice' yang disembunyikan dalam bungkusan yang dihantar melalui udara dari Thailand ke Singapura, November lalu. Encik Thanakrit berkata polis juga menemui sekitar 3 kilogram Ice dan 1,320 pil Ecstasy pada 26 Mac. Dadah itu disembunyikan dalam dua bungkusan di Pejabat Pos Lapangan Terbang Suvarnabhumi. Destinasi bungkusan itu adalah Singapura dan Teo adalah pengirimnya, tambah Encik Thanakrit. Berikutan penangkapan Teo, pegawai memeriksa bilik hotel itu dan merampas barangan elektrik seperti pembesar suara yang Encik Thanakrit kata digunakan untuk menyembunyikan dadah. Barangan seperti alat membungkus, timbang digital dan brownies ganja juga dijumpai, tambahnya. CNB mengesahkan penangkapan itu di Facebooknya pada Jumaat dan berkata langkah itu menyusuli kerjasama erat antara polis Thailand dengan biro itu.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg