Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

WGS anjur bazar dalam talian ganti Bazar Raya yang dibatal kerana penularan Covid-19

Apr 18, 2020 | 8:49 PM
GeylangBazaar.Online akan berlangsung dari malam Sabtu hingga 23 Mei, dan hanya menawarkan barangan yang disahkan halal atau dimiliki peniaga Melayu.
GeylangBazaar.Online akan berlangsung dari malam Sabtu hingga 23 Mei, dan hanya menawarkan barangan yang disahkan halal atau dimiliki peniaga Melayu. - Wisma Geylang Serai

WISMA Geylang Serai (WGS) akan menganjurkan bazar dalam talian sebagai pengganti bazar Raya yang dibatalkan tahun ini bagi mengekang penularan Covid-19. Dinamakan GeylangBazaar.Online, bazar itu bertujuan mendekati masyarakat dan menyediakan peluang bagi peniaga bazar tradisional menjual stok mereka dan mengurangkan kerugian. Dalam satu kenyataan pada Sabtu (18 April), WGS berkata pembatalan bazar Hari Raya Geylang Serai dan semua bazar anjuran Persatuan Rakyat (PA) di serata Singapura telah menyebabkan ramai peniaga beralih ke wadah digital untuk meneruskan perniagaan mereka. WGS akan bekerjasama dengan ScreenBox Pte Ltd untuk menjayakan GeylangBazaar.Online. Antara lain, peniaga bazar tradisional yang tidak berapa serasi dengan penjualan dan pemasaran dalam talian akan disokong dan dilengkapi kemahiran baru supaya mereka selesa berniaga di dalam talian. GeylangBazaar.Online akan berlangsung dari malam Sabtu hingga 23 Mei, dan hanya menawarkan barangan yang disahkan halal atau dimiliki peniaga Islam. Peniaga yang berminat boleh mendaftar di laman www.geylangbazaar.online.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg