PROSPEK pekerjaan menjadi perhatian utama bagi graduan baru dan pekerja muda.
Untuk mengatasi masalah tersebut, sayap muda Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Young NTUC, telah memperluaskan inisiatif 'Learning Is Triggered' (LIT) bertujuan memberikan lebih banyak sokongan dan bimbingan kerjaya secara dalam talian.
Inisiatif itu termasuk LIT DISCOvery 2020, acara LIT khas Young NTUC, yang diadakan secara maya buat pertama kalinya pada Rabu (10 Jun) di www.litdisco.sg.
Ia bertujuan untuk membantu belia mendapatkan pekerjaan, meningkatkan kemahiran, membina ketahanan, dan meneroka dengan lebih baik landskap pekerjaan dalam dunia pasca-COVID-19.
Sekitar 800 peserta berdaftar menyertai acara maya itu.
Tetamu terhormat, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Heng Swee Keat, berkongsi pesanan menerusi rakaman dengan hadirin.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg