SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Zaqy: Penting RSAF kekal tahap kesediaan tinggi semasa pandemik

Zaqy: Penting RSAF kekal tahap kesediaan tinggi semasa pandemik

Mar 19, 2021 | 10:03 PM

Zaqy: Penting RSAF kekal tahap kesediaan tinggi semasa pandemik

Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, (dua dari kiri) berinteraksi dengan kakitangan RSAF semasa lawatannya ke Komand Kombat Udara (ACC) RSAF di Pangkalan Udara Paya Lebar pada Jumaat (19 Mac).
Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, (dua dari kiri) berinteraksi dengan kakitangan RSAF semasa lawatannya ke Komand Kombat Udara (ACC) RSAF di Pangkalan Udara Paya Lebar pada Jumaat (19 Mac). - Mindef

ADALAH penting untuk Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) terus menjalankan penerbangan langsung setiap hari dan menjalani latihan bermutu bagi mengekalkan tahap kesediaan operasi yang tinggi, walaupun di tengah-tengah pandemik Covid-19, kata Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, di akhir lawatan ke Komand Kombat Udara (ACC) RSAF di Pangkalan Udara Paya Lebar pada Jumaat (19 Mac).

Di sana, Encik Zaqy telah diberi penerangan tentang peranan dan keupayaan operasi ACC, kata Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam kenyataannya. Semasa lawatan itu, beliau menaiki jet pejuang F-15SG, di mana beliau menyaksikan bagaimana RSAF menjalankan latihan untuk melindungi ruang udara Singapura. Encik Zaqy juga berinteraksi dengan kru udara dan darat RSAF, dan mengucapkan terima kasih di atas dedikasi dan komitmen mereka terhadap pertahanan Singapura. "Saya dapat menyaksikan profesionalisme, kecekapan dan kerja berpasukan askar udara lelaki dan wanita kami, dan saya gembira dengan komitmen mereka untuk melindungi Singapura dan melindungi ruang udara kita. Saya yakin bahawa RSAF siap sedia 24/7 untuk menjamin keselamatan ruang udara kita," katanya. ACC mengendalikan pesawat pejuang dan pengangkutan RSAF. Jet pejuang F-15SG dan F-16 bersiap sedia sepanjang masa untuk mempertahankan ruang udara Singapura, kata Mindef. Pada kejadian berlainan pada 2018 dan 2019, RSAF bertindak balas dengan jaya terhadap ancaman bom di atas kapal terbang awam, di mana jet pejuang RSAF mengiring pesawat awam ini mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Changi.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg