7 tip atasi kesilapan buat kuih
Antara panduan Cef Mastura usah bancuh bahan utama melebihi lima minit menggunakan mesin
Jul 01, 2015 | 02:50 PM
SELAMA ini anda mungkin bergantung kepada buku resipi untuk membuat kek dan biskut.
Ikut gambar buku, kek dan biskut kelihatan cantik dan menarik, tetapi apabila anda mencubanya, lain pula jadinya - kadangkala kek bantat, biskut meleper dan paling menyedihkan jika sedulang biskut hangus biarpun semua proses menyiapkan bahan diikut secara tepat berdasarkan penerangan buku.