ATAS nasihat dan galakan rakan karib, Encik Uttu Abdul Rahman memulakan perniagaan ikan bakar pada lewat 1980-an. Padahal sajian tersebut lebih popular dalam kalangan masyarakat Cina.
Namun, hal itu tidak menghalangnya terus menjual sajian tersebut agar dapat dinikmati sama masyarakat Muslim.