Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

BARU tapi tetap ASLI

Pusat makanan di Downtown East turut tawarkan beberapa jenis makanan dari Melaka dan Negeri Sembilan
Jan 14, 2014 | 02:49 PM



DIAM tak diam, tiga tahun telah berlalu sejak pusat makanan Asli Village dibuka di Downtown East, Pasir Ris.


Terdapat perubahan dari segi jenis makanan yang dijual. Beberapa gerai telah bertukar tangan dengan sebilangan besar adalah pemilik baru. Sebanyak 11 gerai yang aktif sekarang ini dengan lima atau enam gerai menjual makanan seperti ikan bakar, pasta, putu piring, sup ikan dan nasi padang.


Perubahan ini memberi peluang kepada pelanggan menjamu selera dengan pilihan lebih luas. Pusat makanan ini juga boleh menampung sekitar 500 orang jika ada yang ingin mengadakan majlis tertentu.


ASAM PEDAS MELAKA


Gerai Asam Pedas Melaka ini dimiliki Haji Isa Jaafar yang berasal dari Melaka.


Di gerai ini, beberapa jenis lauknya adalah masakan asli Melaka/Negeri Sembilan seperti asam pedas Melaka, ikan keli lemak cili api dan ikan bakar.


Keistimewaan juadah dari gerai Asam Pedas Melaka ini ialah ia hanya dimasak apabila ada tempahan, jadi pelanggan dihidangkan dengan makanan segar. Anda boleh memilih daripada 10 hingga 15 jenis ikan yang disediakan seperti ikan keli, unga, duri, pari, tenggiri, ikan merah dan sembilang.


Rasa lauk asam pedasnya memang sedap kerana ladanya ditumis sehingga garing dan terbit minyak. Ia tidak meninggalkan sebarang bau lada mentah. Selain ikan, sayur bendi dan terung dimasukkan dalam lauk. Saya pula lebih suka jika daun kesum dimasukkan sama untuk mendapatkan aroma lebih 'wangi.'


Tetapi, masakan paling enak dari gerai ini ialah ikan keli lemak cili api. Saya rasa tidak perlulah saya ke Negeri Sembilan untuk menikmati juadah seperti ini.


Jika lemak cili api yang biasa saya makan dicampurkan dengan tempoyak, di gerai Asam Pedas Melaka ini pula, buah binjai digunakan untuk mendapatkan rasa sedikit masam.


Bahan lain yang dimasukkan ialah daun penggaga, jantung pisang dan pisang muda. Kuahnya agak pekat dan menyelerakan.


Harga hidangan antara $8 dengan $25 bergantung kepada jenis ikan yang dipilih.


Tip memasak ikan:


  • Jika menggunakan ikan yang hanyir seperti ikan duri, sembilang atau pari, gunakan lada hitam dalam masakan.

  • Apabila membersihkan ikan sembilang atau duri, buang urat putih yang terdapat di beberapa bahagian ikan kerana ia adalah punca ikan berbau hanyir.

RITZWANI FISH SOUP


Sup ikan selera Cina ini dimasak sendiri oleh Cik Zurina Ali, pemilik gerai Ritzwani Fish Soup. Terdapat pilihan seperti sup makanan laut, sup bebola ikan dan sup hirisan ikan dengan mi Ban Mian.


Untuk mendapatkan sup ikan yang sedap, Cik Zurina menyediakan stok daripada rebusan beberapa ramuan seperti tulang ikan, kacang soya, ikan bilis dan lobak merah.


Selain sup ikan, gerai ini menjual bubur ayam dan bubur kampung iaitu bubur nasi putih dimakan dengan bahan sampingan seperti ikan kering, cai poh, keropok, ikan bilis, kacang tanah goreng, telur asin dan kangkung goreng.


Bubur nasi dimasak dengan sempurna. Enak dimakan dengan bahan-bahan sampingan, cuma saya dapati kangkung gorengnya agak lecur, mungkin kerana rempah berlebihan ataupun sayur dimasak terlalu lama. Harga makanan antara $4.50 dengan $5.50.


WADI OMAR MAKANAN BARAT & MEDITERRANEAN


Inilah satu-satunya gerai di sini yang menjual makanan Barat dan pelbagai jenis makanan Mediterranean seperti pasta, kebab, stik dan lamb chop.


Saya sempat merasa hidangan Chicken Chop Penyet ciptaan Encik Mohd Amin Abu Bakar yang mempunyai 25 tahun pengalaman dalam arena kulinari. Beliau juga pernah mengendalikan gerai Amigo's Grill di Simpang Bedok.


Hidangan Chicken Chop Penyet ($8) ini menggunakan daging ayam bahagian kaki tanpa tulang yang digoreng garing. Sos yang disira menggunakan sos lada hitam. Makanan sampingan yang lain ialah kentang goreng, salad dan buah tomato panggang.


THAT PUTU PIRING GIRL KAFE


Putu piring daripada gerai ini agak unik. Selain putu piring asli, anda boleh dapatkan putu piring aiskrim, durian (jenis D24), strawberi, kurma, idli, coklat dan savouri.


Tetapi jangan salah faham, inti putu piring ini tetap diisi dengan gula melaka jenis premium. Bahan tambahan seperti aiskrim, durian dan sebagainya diletakkan di tepi untuk dimakan sama dengan putu piring. Harga $3 untuk tiga keping putu piring.


Cara memakan putu piring dengan bahan tambahan ini mungkin digemari anak-anak muda tetapi saya lebih gemar memakan putu piring asli.


DSYA'S SERI BUNDO


Gerai nasi Melayu/Padang ini baru berusia tiga bulan. Bukan sahaja nasi dan lauk-pauk seperti nasi sambal goreng dan nasi rawon disajikan, hidangan lain seperti kacang pul, ikan pais, sabsuka dan sup buntut turut dijual untuk memberi pelanggan lebih banyak pilihan.


Pelanggan yang minat dengan masakan Padang atau Sunda boleh menikmati masakan seperti sambal hijau, rendang Padang dan ayam kalio yang dicipta sendiri oleh Cik Dahmaya Salim, pemilik gerai ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >