Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Beriani dam hasil resipi bapa tarik perhatian ramai

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Beriani dam hasil resipi bapa tarik perhatian ramai

Nov 04, 2018 | 05:30 AM



DI restoran Shami Banana Leaf Delights, beriani dam cuma dijual tiga hari setiap minggu iaitu pada Jumaat, Sabtu dan Ahad.



Namun, jika pelanggan ke kedai makan di Sembawang Road itu pada hari-hari tersebut, mereka mungkin tidak akan dapat menikmati sajian istimewa itu.



Ini kerana cuma satu periuk beriani dam yang menghasilkan 60 mangkuk nasi dimasak dan tempahan bagi hidangan itu diterima seawal Rabu.



Pelanggan tetap restoran yang telah wujud sejak 25 tahun lalu itu tahu bahawa jika mereka tidak tempah awal, mereka cuma dapat menghidu aroma beriani dam ayam atau daging yang dimasak atas dapur arang itu.



Menurut pemilik restoran itu, Encik Murali Krishna, 47 tahun, beriani dam mengambil masa yang lama untuk disediakan iaitu sekitar enam jam.



Resipi hidangan itu diturunkan oleh pengasas restoran tersebut, bapa Encik Murali, Encik M. Mangudi, 75 tahun.



"Di India Selatan ada tempat yang bernama Karaikudi yang dikenali dengan sajian Chettinad. Bapa saya belajar cara memasak sajian itu daripada bapanya," kata Encik Murali sambil menambah, sajian Chettinad menggunakan pelbagai rempah ratus yang baru digiling, bukan yang dijual di kedai.



"Pada mulanya bapa saya cuma memasak secara kecil-kecilan, namun atas dorongan ramai, beliau membuka gerai pertamanya di sebuah kedai makan di pusat beli-belah Northpoint di Yishun pada 1993. Kami menjadi restoran halal sejak 2005," tambahnya.



Pada 2008, restoran itu membuka cawangan kedua di 349, Sembawang Road, diikuti dua lagi cawangan di pusat beli-belah Causeway Point di Woodlands dan Hillion Mall di Bukit Panjang.



Beriani dam cuma dijual di cawangan di Sembawang - dam ayam ($8.40) pada hari Jumaat dan Ahad, dan dam daging kambing ($9.30) pada hari Sabtu.



Setiap hidangan beriani dam terdiri daripada semangkuk nasi, ayam atau daging, sebiji telur rebus dan raita iaitu sejenis salad terdiri daripada tairu, timun dan bawang.



Mereka yang terlepas peluang menempah beriani dam boleh menikmati beriani biasa yang nasinya berwarna putih dan oren dan tidak begitu berempah seperti beriani yang biasa dijual di sini.



Nasi beriani itu boleh dinikmati dengan pilihan ikan sambal, ikan goreng atau ikan kari; ayam kari atau ayam masala; atau daging kambung dengan tulang atau tanpa tulang.



Setiap pinggan beriani dihidangkan di atas daun pisang bagi aroma yang wangi dan menyelerakan.



Encik Murali, yang menyediakan sendiri semua pes lauk-pauk di dapur restoran itu setiap hari dari 5 hingga 10 pagi, berkata ramuan rempah yang digunakan adalah resipi sendiri menggunakan bahan seperti kacang gajus, kacang pistasio dan kacang badam.



"Kami membeli rempah ratus dan bahan yang diperlukan daripada pembekal, mencampurnya mengikut sukatan dan menghantar ke penggiling untuk mengubahnya menjadi rempah serbuk," kata Encik Murali yang mempunyai enam cef di restorannya itu.



Satu lagi hidangan terkenal yang cuma boleh didapatkan di restoran tersebut ialah Kari Kepala Ikan ($25 - $35) yang menggunakan ikan angoli dan enak dinikmati bersama nasi putih atau nasi beriani.



Selain menawarkan sajian India Selatan, restoran itu turut menyajikan hidangan India Utara seperti naan dan ayam mentega.



Restoran Shami Banana Leaf Delights dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >