Beriani tanpa ghee antara juadah paling laris, Berita Rencana - BeritaHarian.sg
Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:10
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Rencana0

Beriani tanpa ghee antara juadah paling laris

Mar 24, 2019 | 05:30 AM

BERIANI ada, sate ada, quesadillas pun ada.

Sukar untuk menggambarkan jenis kedai makan apa sebenarnya restoran Flaming Spice yang terletak di Downtown East ini.

Restoran halal tersebut menawarkan lebih 100 sajian terdiri daripada masakan Melayu, India, Barat, Cina dan Thailand.

Ditubuhkan pertengahan tahun lalu, restoran itu dipimpin oleh ketua cef, Encik Muhammad Aslam Ab Hadi.

Ia mempunyai tukang masak yang mahir dalam pelbagai masakan, termasuk seorang pakar tandoor yang menghasilkan masakan India Utara seperti roti naan.

Berita Popular

"Flaming Spice cuma ada satu cawangan buat masa ini. Ia menawarkan sajian antarabangsa kerana pengasasnya mahu pelanggan mempunyai pelbagai pilihan apabila menjamu selera di sini," kata Cef Aslam, 32 tahun, yang menyertai restoran tersebut awal tahun ini.

Tugasnya di restoran itu, selain memasak, ialah untuk merancang operasi harian, memastikan kuantiti mencukupi dan kualiti dipenuhi.

Menurut Cef Aslam, menu di Flaming Spice baru diperhalusi dan cuma menyertakan sajian yang benar-benar mendapat sambutan daripada orang ramai.

Ini termasuk 35 pilihan perata, 15 jenis murtabak dan dua jenis Roti John fusion iaitu Roti John Udang Telur Asin dan Roti John Ketam Cili.

Antara hidangan Barat yang mendapat sambutan di restoran itu ialah Grilled Cajun Chicken ($10.90) yang terdiri daripada paha ayam yang diperap dengan ramuan rempah-ratus cajun sebelum dibakar.

Ia dihidangkan di atas pinggan panas dengan sos lada hitam atau cendawan, sayur-sayuran dan kentang goreng.

Flaming Spice turut menawarkan tiga jenis beriani iaitu ayam, daging anak kambing dan sayur.

"Beriani kami tidak berminyak dan kami tidak menggunakan ghee. Kami memasak nasi itu di atas dapur dan bukan menggunakan periuk nasi elektrik kerana cef kami yang berasal dari India tidak yakin dengan nasi beriani yang dimasak dalam periuk nasi elektrik," kata Cef Aslam.

Sepinggan beriani ayam di restoran itu berharga $10.50 dan dihidangkan dengan telur rebus, dalca dan papadom.

Hidangan Melayu yang sering dipesan di restoran itu pula ialah nasi goreng ikan bilis ($7.50).

Ia dihidangkan dengan ikan bilis goreng, telur mata lembu, bawang goreng, hirisan timun dan tomato serta sambal belacan istimewa buatan sendiri.

Pelanggan juga sering memesan Tandoori Platter ($38) yang terdiri daripada kebab udang, ikan, ayam dan daging anak kambing.

Ia sesuai dinikmati empat orang bersama pilihan roti naan seperti naan kosong, naan mentega, naan bawang putih atau naan keju.

Minuman dingin yang mendapat sambutan di Flaming Spice ialah minuman tairu buatan sendiri iaitu Mango Lassi ($5) dan Green Apple Booster ($4.90).

Bagi yang mahu menikmati minuman panas, Kopi India Tradisional ($1.45) antara kegemaran pelanggan.

"Kami gunakan kopi dari India yang lebih kuat rasanya. Ramai pelanggan yang memesan minuman ini untuk dibawa pulang. Mereka kata ia lebih enak daripada kopi yang dijual di kafe berjenama," kata Cef Aslam.

Pencuci mulut yang mesti dicuba di Flaming Spice pula ialah Tower Prata iaitu perata yang digulung menjadi bentuk calung dan disiram sirap coklat, karamel serta strawberi dan dihidangkan dengan satu skup aiskrim.

Flaming Spice yang boleh memuatkan sekitar 120 pelanggan di ruang menjamu selera di luar, dalam dan atas, dibuka setiap Ahad hingga Khamis dari 8 pagi hingga 11 malam.

Setiap Jumaat dan Sabtu ia dibuka dari 8 pagi hingga 2 pagi.

Ia menawarkan promosi istimewa dari 11 malam hingga 2 pagi - pelanggan yang membeli satu minuman akan mendapat sekeping perata kosong percuma.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map