Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Bukan sekadar mi rebus biasa

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Bukan sekadar mi rebus biasa

Restoran halal tambah perisa hidangan tradisi dengan kulit ikan, wantan, hirisan ayam dan bebola makanan laut
May 13, 2018 | 05:30 AM



ADA sampingan ayam goreng dan ada pula yang disaji dengan sate.



Kini, terdapat juga sampingan kulit ikan, wantan dan hirisan ayam selain bebola makanan laut yang disajikan bersama mi rebus.



Tempatnya: My Makan Place SG yang terletak di 283, Tanjong Katong Road.



Ternyata sajian tersebut mendapat perhatian sejak restoran itu meraih pensijilan halal Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) sekitar tiga bulan lalu.



Pemiliknya, Encik Yap Kiat Han, 26 tahun, mendedahkan bahawa sajian mi rebus itu merupakan resipi ibunya, Cik Sharon Koh, 50 tahun, yang mula berniaga makanan di beberapa gerai sebelum ini.



Kini, pasangan ibu dan anak itu memulakan restoran tersebut dengan menyajikan sajian yang biasa dijual di gerai-gerai Melayu setempat.



Antaranya Peranakan Siam (Premium) berharga $5.90; Indo Rebus (Premium), $5.90; Premium Beef Short-Ribs Soup, $9.90; dan Madura Soto, $5.90.



"Sajian kami hasil ciptaan ibu yang telah berniaga makanan sejak lebih 20 tahun lalu.



"Sejak dahulu lagi, beliau jual mi rebus, mi siam, mi soto dan nasi ambeng.



"Walaupun pada ketika itu, beliau tidak menjual bahan yang dilarang dalam diet masyarakat Muslim, beliau tidak mendapatkan pensijilan halal. Masa itu, tidak terfikir mahu dapatkan pensijilan tersebut," kata lulusan jurusan Kejuruteraan Mekanikal daripada Universiti Nasional Singapura (NUS) itu.



Encik Yap menerangkan bahawa beliau membuka restoran tersebut sebagai meluaskan perniagaan ibunya yang sebelum ini tertumpu di gerai makanan sahaja.



Restoran itu dibuka sekitar sembilan bulan lalu.



Ia dibuka setiap hari (melainkan ditutup pada Rabu), antara 11 pagi dengan 9.30 malam.



Dibuka dengan pelaburan sekitar $100,000, restoran itu mampu menempatkan sehingga 80 pelanggan pada satu-satu masa.



Cik Koh berkata minatnya dalam bidang masakan Indonesia bermula sejak beliau mengunjungi rakannya di Tanjong Pinang.



"Semasa di sana, saya pelajari selok-belok masakan Indonesia yang saya minati.



"Itu membuat saya bertekad buka gerai saya sendiri, menjual sajian-sajian tersebut.



"Yang membezakan sajian saya ialah kuah dalam resipi kami dimasak selama lapan jam.



"Itu menjadikan dagingnya lembut dan jika dilihat, minyaknya juga kurang.



"Satu lagi, kami tidak gunakan monosodium glutamat (MSG), yang biasanya bertindak sebagai penyedap rasa pelbagai masakan, semasa penyediaan makanan kami," kata ibu dua anak lelaki itu.



Lebih hebat lagi, sajian yang disediakan juga 'pedas-pedas' belaka - tarikan bagi kebanyakan pelanggan mereka yang gemarkan rasa pedas.



Dalam jangka panjang, Encik Yap berkata beliau bercadang meluaskan perniagaannya itu dengan menambah cawangan berupa gerai-gerai kecil.



Namun, itu terpulang pada sambutan yang diterimanya.



"Saya sedar kawasan ini kurang dilanggani masyarakat Muslim.



"Tapi dengan strategi pemasaran, saya harap dapat menarik lebih ramai pelanggan dalam jangka masa terdekat ini," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >