Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18

Burger 'kedai kopi' tapi mengalahkan yang dijual di restoran

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Burger 'kedai kopi' tapi mengalahkan yang dijual di restoran

Sep 01, 2019 | 05:30 AM



MEREKA bukan ortodoks - dan tiada niat mengikut peraturan dan 'acuan' sosial yang tersedia.



Kelainan mereka menyerlah, pertama sekali sebagai satu- satunya pemilik gerai menjual burger halal di kedai kopi bawah Blok 280 di Tampines Street 22.



Namun, lebih daripada itu, peluang duduk bersembang dengan pengarah serta cef The Social Outcast, Encik Aminurrashid Hasnordin, membuktikan beliau bukan biasa-biasa orangnya - dan tidak teragak-agak mengetengahkan keunikannya.



Selama sembilan tahun beliau merupakan pensyarah perniagaan di sebuah politeknik di sini tetapi membuat keputusan meninggalkan kerjayanya itu kerana "saya ada krisis pertengahan hidup!"



Beliau berusia 39 tahun.



Tetapi kurang dua bulan menjejakkan kaki ke persada sengit sektor makanan dan minuman, nampaknya beliau tidak mainmain.



Makanan yang dihidangkan mungkin di kedai kopi tapi mutu yang diketengahkan mengalahkan apa yang ditawarkan banyak restoran lain.



Burger yang disediakan mudah dan 'tak banyak colok' - roti brioche yang dibakar, patti, sayur (tomato dan alfalfa) serta keju mozarela yang dicairkan.



Namun, bak kata pepatah, kesederhanaan kunci kecemerlangan - simplicity is the key to brilliance.



Penulis cuba Burger Daging Wagyu (400 Days Grain Fed Australia F1 Wagyu Beef), $19.90; Teriyaki Unagi, $15.90; dan Portobello Mayonis Bijan, $8.90.



Kesemua burger dihidangkan dengan kerepek kentang barbeku yang dilengkapi dengan sos telur ikan kod.



The Social Outcast menggunakan arang untuk memanggang patti burger mereka.



Daging wagyu-nya tebal, empuk dan berair, sama sekali tidak kering atau keras.



Jelas, ia 'direhatkan' secukupnya sebelum dihidangkan kepada pelanggan - langkah penting tetapi jarang dilakukan di banyak restoran burger lain.



Tidak hairanlah burger daging wagyu ini merupakan antara hidangan paling laris The Social Outcast.



Memang cukup hebat.



Burger unagi pula diisi dengan dua keping tebal unagi, belut yang diperap dengan sos teriyaki yang dibakar di atas arang.



Terasa kesegaran belut tersebut, yang dibawa masuk khas dari Okinawa, Jepun.



Bagi mereka yang tidak makan daging pula, terdapat pilihan burger cendawan Portobello yang dipanggang dan dihidangkan dengan sos mayonis bijan.



Menurut Encik Aminurrashid, atau lebih dikenali sebagai Mint, bahan yang digunakan di dapurnya dibawa masuk dari serata tempat di seluruh dunia.



Daging dan kambing diimport dari Australia, chipotle (bagi hidangan Smoked Dried Chipotle & Guacamole Beef) berasal dari Mexico sementara belut yang digunakan bersumber dari Jepun.



"Saya suka makan dan saya jual benda yang saya makan, kalau saya tak makan, saya tak akan jual.



"Kami lakukan yang terbaik yang kami mampu. Jika makanan tidak memuaskan, bawa balik, akan kami gantikan untuk anda," ujar Encik Aminurrashid dengan yakin.



Penulis pergi balik ke kaunter setelah selesai temu ramah dengan beliau. Bukan mahu minta digantikan makanan, tetapi mahu memesan satu lagi set burger daging wagyu untuk dibawa pulang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >