Daripada penjaja ke tauke restoran

Tiga beradik 'Encik Tan' perbanyak restoran halal bagi penuhi keperluan masyarakat Islam

PASANGAN adik-beradik Encik Tan Kim Siong, 45 tahun, dan Encik Tan Kim Leng, 38 tahun, memulakan kerjaya mereka dalam bidang makanan dan minuman (F&B) sebagai penjaja di sebuah gerai makan.

Ketika itu mereka membantu mendiang datuk mereka mengendalikan sebuah gerai di pasar Redhill, sebelum membuka gerai makan mereka sendiri di pusat makan di Stamford Road, bersebelahan tapak Perpustakaan Negara lama, sejurus meninggalkan bangku sekolah di peringkat menengah pada tahun-tahun 1980-an.