Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Guna bahan lain, tapi rasa tetap sama

Dec 14, 2013 | 04:08 PM



PEMAKANAN sihat tidak perlu membosankan atau menyusahkan.


Anda masih boleh menyediakan resipi kegemaran dengan menawarkan alternatif bahan yang kurang kalori, dengan kaedah masakan tanpa mengorbankan rasa.


Dengan menukar strategi cara memasak serta pemilihan dan penggantian bahan makanan yang betul, anda boleh melihat kesan dramatik pada kesihatan anda, serta membuat anda bermotivasi memenuhi matlamat anda menikmati pemakanan sihat.


Berikut adalah 10 panduan untuk menghidangkan masakan sihat:


* Cuba pelbagaikan cara memasak seperti merenih, mengukus, membakar, merebus atau memanggang makanan daripada menggoreng.


Trend penggunaan ‘airfryer’ agak popular dan menjadi pilihan masyarakat setempat kerana tidak perlu menggunakan minyak untuk resipi jenis deep fry.
* Penggunaan minyak semasa memasak harus digunakan secara minimal. Gunakan minyak tidak tepu seperti minyak zaitun dan minyak jagung. Semburan memasak (cooking spray), berus pastri dan alat memasak tanpa melekat dapat mengurangkan keperluan minyak semasa memasak. Gunakan tuala kertas atau tapisan bagi mengurangkan minyak pada makanan. Gunakan minyak baru dan elakkan menggunakan minyak yang sama.


* Gunakan garam laut bagi menggantikan garam putih. Penggunaan bahan seperti sos yang diproses harus dikurangkan. Jika resipi memerlukan bahan berikut, pilihlah yang natrium rendah (low sodium). Rasa makanan anda dulu, sebelum mencampurkan garam. Kurangkan garam dalam masakan harian anda sedikit demi sedikit sehingga menjadi kebiasaan.


* Tambah kesedapan makanan dengan menggunakan herba perisa, seperti serbuk bawang putih, biji saderi atau jus buah lemon, herba segar (bergantung pada resipi) tanpa perlu menggunakan garam yang banyak. Untuk membangkitkan aroma serta membuatkan masakan anda lebih sedap, campakkan herba segar pada akhir masakan lauk-pauk, sup dan sebagainya.


* Lebihkan pilihan ikan berminyak seperti salmon, sumber yang kaya di omega 3 atau apa jenis ikan berbanding daging mahupun ayam. Membakar ikan lebih sihat daripada menggorengnya.


* Pilihlah potongan daging segar tanpa lemak, ayam tanpa kulit di dalam masakan anda. Elak atau kurangkan daging atau ayam yang telah diproses seperti sosej, salami atau makanan di dalam tin seperti corned beef. Buang lemak di permukaan atas sup/lauk itu sekiranya anda menyimpan lauk daging atau ayam di peti sejuk.


* Lebihkan sayur-sayuran dalam masakan anda. Membersihkan sayur-sayuran tanpa membuangkan kulit serta mengukus daripada merebus dapat mengekalkan khasiat nutrien sayur itu. Masakan dengan ketuhar gelombang mikro dapat mengekalkan tekstur dan rasa yang segar pada sayur itu.


Sayur-sayuran seperti lobak, brokoli, kubis bunga, apabila dicampurkan dengan herba, minyak zaitun dan dikisar amatlah sedap sebagai pencecah sos atau dituangkan pada makanan yang telah di- panggang atau dikukus.


* Gunakan produk tenusu rendah lemak seperti keju, susu krim sejat, pasta, tepung gandum mil penuh, khusus pada makanan Barat seperti pasta bersoskan krim karbonat, lasagna, dan kaserol. Bagi makanan Asia pula, minimumkan penggunaan santan. Jika boleh, tukarkan dengan susu atau yogurt rendah lemak ke dalam lauk seperti kari ikan, kuah lemak cili padi atau laksa.


* Kekacang, bijirin termasuk kacang dal, kacang kuda dan barli adalah rendah kandungan lemak, berserat tinggi dan sedap digunakan dalam penyediaan masakan seperti hummus, pilaf, stu serta sup dan akan kelihatan menarik jika ditaburkan ke salad.


* Gantikan aiskrim kepada yogurt rendah lemak bersama buah-buahan. Gunakan kekacang daripada coklat, roti bakar berintikan buah-buahan seperti pisang daripada mentega; mayones kepada yogurt. Lakukan eksperimen serta terokai bahan makanan yang halal dari luar negara dengan daya kreatif anda mencipta resipi yang baru, unik, sedap dan berkhasiat.


- Penulis cef gaya hidup Kulinary Affairs dari Persekutuan Kulinari Halal Singapura. E-mel beliau: kulinaryaffairs@gmail.com.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >