Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Hasilkan sendiri pasta pelbagai perisa, bentuk

Pengalaman belajar di luar negara jadi ilham bagi siswazah Sosiologi ceburi industri F&B dengan membuka restoran Tipo SG sejak November lalu
Aug 18, 2019 | 05:30 AM



SEKALI lalu, sukar untuk terlepas pandang pasta yang terjemur di sebalik dinding gelas kedai yang terletak di deretan North Bridge Road ini.



Manakan tidak, pasta bukan sebarang pasta.



Pasta ini diadun dalam restoran setiap hari, dan selain dihasilkan segar dalam bentuk unik berbeza-beza, warnanya yang melambangkan perisa berlainan juga bermacam-macam!



Ada perisa paprika! Ada bawang putih! Ada juga dakwat sotong!



Ini baru segelintir sahaja daripada 15 jenis perisa yang boleh didapati di Tipo SG.



Idea inovatif ini adalah hasil buah fikiran pemuda berusia 28 tahun, Encik Mohammed Sufi Hassan Jubri, yang baru sahaja melancarkan perniagaannya November lalu.



Pemilik dan cef Tipo SG itu berkata: "Saya percaya konsep ini sesuatu yang saya tak dapat cari di Singapura.



"Lebih-lebih lagi, ramai orang Islam yang keluar makan tidak berpeluang menikmati pasta artisanal... Pasta seringkali merupakan sebahagian kecil dalam menu sahaja."



Meskipun mempunyai pengetahun luas mengenai pasta dan kemahiran dalam bidang memasak, Encik Sufi berkongsi bahawa beliau tidak pernah menghadiri kelas kulinari, dan kemahiran yang ditimbanya "dipelajari sendiri".



Bahkan, ilham untuk memulakan restoran pasta ini tercetus sewaktu beliau mengejar ijazah dalam jurusan Sosiologi dan Dasar Sosial di Universiti Leeds, United Kingdom.



"Ketika saya sedang belajar, saya banyak memasak. Apabila saya di luar negara, saya bereksperimen banyak dengan pasta. Di sana, pasta murah. Lama-kelamaan saya menjadi obses sehingga saya belajar bagaimana untuk membuat pasta menggunakan tangan (handmade), yang kebanyakannya saya belajar sendiri," katanya yang merujuk kepada buku masak, resipi dalam talian dan rakan-rakan beliau dari Italy.



Nama Tipo, menurut Encik Sufi diinspirasikan daripada jenis tepung Italy tradisional yang digunakan untuk membuat piza atau pasta.



Untuk menyesuaikan makanan tradisional orang Italy ini kepada selera orang Asia, khususnya warga Singapura, Encik Sufi memperkenalkan konsep 'Build Your Own Pasta' yang membolehkan pelanggan memilih jenis pasta, sos serta bahan tambahan atau topping lain.



"Dalam budaya Asia, kita terbiasa menyesuai padan.



"Dari segi rasa, ia juga tidak tradisional dan terdapat pelbagai perisa unik yang sesuai dengan apa jua sos," kongsi beliau.



Sempena sambutan Hari Kebangsaan, Tipo juga menawarkan menu baru Creamy Laksa Pasta yang boleh didapatkan sehingga 31 Ogos.



Setiap minggu, Tipo SG akan menyajikan beberapa jenis dan perisa pasta berbeza-beza.



Namun, Encik Sufi berkongsi beliau akan mereka semula menu mereka September ini dan pengunjung boleh menjangka menu yang lebih luas.



"Beberapa bulan sebelum ini, ramai yang meminta pilihan daging yang lebih kerana kami tidak mempunyai banyak pilihan daging. Kami juga akan memperkenalkan lebih pilihan sos dan menu pembuka selera (appetizer)," ujar pemuda itu.



Sejauh ini, Encik Sufi berkata sambutannya memberangsangkan, dan dalam seminggu, sebanyak 50 hingga 80 kilogram tepung diadunkan menjadi pasta.



Kini, terdapat tujuh jenis dan bentuk pasta berbeza-beza yang ditawarkan Tipo SG.



"Kami merancang mahu mendapatkan mesin baru yang dapat menghasilkan beberapa bentuk lain," tambahnya.




"Ketika saya sedang belajar, saya banyak memasak. Apabila saya di luar negara, saya bereksperimen banyak dengan pasta. Di sana, pasta murah. Lama-kelamaan saya menjadi obses sehingga saya belajar bagaimana untuk membuat pasta menggunakan tangan (handmade), yang kebanyakannya saya belajar sendiri."
- Encik Mohammed Sufi Hassan Jubri, mengimbas kenangan semasa belajar dalam jurusan Sosiologi dan Dasar Sosial di Universiti Leeds, United Kingdom.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >