Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

'Kapal Perang' Tulang

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

'Kapal Perang' Tulang

Jul 01, 2018 | 05:30 AM



KAPAL 'perang', kapal 'induk' dan kapal 'pembinasa' - itulah tiga 'kapal' yang boleh didapatkan di restoran Tash Tish Tosh.



'Kapal' tersebut merujuk kepada tiga sajian istimewa di restoran itu yang diberi nama Battleship, Mothership dan Destroyer.



Sajian itu gabungan tiga hidangan, yakni Toolang, Tashookah dan roti piza ciptaannya.



Kedai makanan 'fusion' Melayu dan Amerika Syarikat itu terletak di 50 Kandahar Street.



Apa yang membezakan Battleship, Mothership dan Destroyer ialah bilangan 'serombong kapal' atau tulang kambing atas roti piza.



Battleship ($22.50) ada dua tulang, Mothership ($27.50) tiga tulang manakala Destroyer ($32.50) empat tulang.



Pemilik restoran, Encik Wahid Allapitchay, 46 tahun, berkata tiga sajian itu tawaran terbaru.



Katanya, Tash Tish Tosh mengubah menu setiap enam bulan.



"Setiap enam bulan, kami melihat hidangan mana yang agak 'lemah' lalu mengeluarkannya daripada menu. Hidangan yang mendapat sambutan dibiarkan. Pada masa sama, kami perkenal juadah baru.



"Biasanya saya dan pasukan akan menyumbang idea bagi sajian baru. Tapi bagi Battleship, Mothership dan Destroyer, ideanya diilhamkan Tash Tish Tosh, Brendon dari wadah dalam talian Saucy dan Dr Leslie Tay daripada blog ieatishootipost," ujarnya.



Restoran yang ditubuhkan pada 2013 itu terkenal dengan sajian Toolang ($18.90), iaitu stu tulang kambing yang dinikmati bersama roti keju parmesan.



"Hidangan tulang kami tidak sama dengan tulang Beach Road. Kami menjadikannya seperti stu, iaitu sejenis hidangan Amerika.



"Kami gunakan resipi sendiri yang diturunkan daripada ibu mentua saya," kata bapa tiga anak itu.



Hidangan Toolang mengambil masa dua hari untuk disiapkan - daripada memotong dan mengisar bahan menjadi pes, merebus tulang, memasak pes menjadi kuah dan akhir sekali memasak tulang bersama kuah.



Proses merebus tulang sahaja mengambil masa lebih dua jam dan tidak boleh terlalu lama atau singkat bagi mengelakkan daging liat atau terlalu empuk sehingga berpisah daripada tulang.



Encik Wahid dibantu isteri yang juga bertindak sebagai ketua cef, Cik Nazihah Ibrahim. Mereka menggajikan 10 hingga 15 pekerja.



Selain sajian tulang, restoran yang boleh menempatkan 40 pelanggan pada satu-satu masa itu dikenali dengan sajian sampingan kepak ayam 'The Bomb Buffalo Wings' ($8.90 hingga $14.90).



Sajian ayam ini memang pedas dan mempunyai tekstur unik.



Bahagian luar ayam goreng merah menyala itu rangup tetapi pada masa sama lembap dek sos yang menyalutinya.



Burger mereka juga cukup menyelerakan dengan patti lembut dan berperisa.



Empat jenis burger ditawarkan - Bomb ($15.90), Macho ($16.90), Sambal ($15.90) dan Toolang ($15.90) bersama kentang goreng.



Dalam menu terbaru Tash Tish Tosh, yang dihasilkan Encik Wahid sendiri berbekalkan pengalaman 10 tahun dalam bidang pengiklanan, hidangan 'Sambal Beef Rice Special' ($19.90) ditawarkan buat golongan senior yang mahu makan nasi.



Sajian itu terdiri daripada sambal daging lembu, telur, sup daging lembu, ikan asin dan nasi.



Ada juga stik menggunakan bahagian 'rib eye' atau mata rusuk kerana dagingnya lebih lembut dan mudah dikunyah.



"Kami pilih jenis 'Angus' bermutu tinggi dari Australia. Kami juga menawarkan 'wagyu' gred atau kandungan pemarmaran 8.



"'Wagyu' ini amat lembut hingga boleh dipotong menggunakan sudu sahaja," kata Encik Wahid, yang berpengalaman menceburi bidang makanan dan minuman (F&B) sejak berusia 14 tahun.



Stik mata rusuk 'Angus' berharga $26.50 manakala stik mata rusuk 'wagyu' berharga $59.90.



Stik itu juga ditawarkan dalam versi 'Angus' Toolang (29.50) dan 'wagyu' Toolang ($62.90).



Setiap stik dihidangkan dengan dua sos, iaitu lada hitam dan cendawan putih ciptaan Tash Tish Tosh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >