Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

'Kava' di hotel butik sedia sajian tradisional 'fine dining'

Nov 18, 2018 | 05:30 AM



SELAMA enam bulan lamanya, dua anak muda "membangunkan" jenama Kava yang bermakna kopi dalam bahasa Turkey.



Kopi, mesin kopi, aksesori kopi, aiskrim dan kek cawan merupakan antara tarikan jenama itu.



Kini, jenama yang diperkenalkan Encik Aznir Abdul Latiff, 29 tahun, dan sepupunya, Encik Muhammad Dandiar Rosli, 31 tahun, melangkah setapak lagi dengan penubuhan sebuah restoran yang dibuka dalam sebuah hotel butik.



Kava yang terletak di hotel XY Bugis di Jalan Klapa, dibuka sekitar tiga minggu lalu.



Restoran yang dibuka dengan pelaburan sekitar $22,000, dan mampu menempatkan 30 pelanggan pada satu-satu masa itu menjual sajian tradisional genre fine dining.



Antaranya termasuk pasta rendang daging ($21.90); stik rendang daging ($34.90); asam pedas ikan merah ($24.90); sotong masak hitam ($21.90); dan ayam masak merah ($21.90).



Dalam tiga hingga empat bulan akan datang, menu tersebut akan diubah, kata Encik Azmir.



"Kami berusaha perkenalkan makanan tradisional Melayu kepada pelanggan terutamanya pelancong yang menetap di hotel ini.



"Pada masa yang sama, kami perhatikan belum ada restoran fine dining dengan sajian Melayu tradisional yang terdapat dalam kawasan ini," ujar Encik Azmir.



Pada masa ini, selain pelancong yang menginap di hotel itu, kebanyakan pelanggan mereka merupakan penduduk setempat yang datang secara berkumpulan termasuk bersama keluarga.



Menceritakan perjalanan mereka sebelum penubuhan restoran itu, Encik Aznir berkata beliau sebelum ini seorang paramedik selama lima tahun sebelum mengambil keputusan "tukar angin".



Menurutnya, selepas lima tahun dalam sektor jagaan kesihatan, sudah sampai masanya beliau mencuba cabaran baru memandangkan usianya yang masih muda.



"Cabaran sebagai paramedik memang berbeza dengan cabaran kini.



"Sebagai usahawan, saya perlu bertahan - tidak menerima gaji untuk beberapa bulan pertama.



"Mujur dapat sokongan isteri saya dari sudut emosi dan kewangan," jelasnya yang belum mempunyai cahaya mata.



Encik Dandiar pula adalah kakitangan sebuah syarikat teknologi maklumat sebelum diberhentikan kerja.



Selepas meneroka pelbagai pilihan, beliau dan Encik Aznir mengambil keputusan mencuba bidang keusahawanan sektor makanan dan minuman (F&B).



"Selama enam bulan kami jalani berbagai-bagai pendedahan berhubung jenama kami.



"Ia memang berisiko tapi kami sudah mengambil kira risikonya sebelum membuat keputusan ini.



"Alhamdulillah... lama-kelamaan, jenama ini mulai dikenali dan mendapat sokongan ramai," jelas Encik Dandiar yang dijangka berumah tangga tahun hadapan.



Untuk jangka panjang, mereka merancang menubuhkan cawangan restoran serupa di beberapa negara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand.



Restoran tersebut yang mempunyai sehingga 14 kakitangan barisan hadapan dan tiga tukang masak, dibuka setiap hari antara 8 pagi hingga 10 malam dan mungkin dilanjutkan pembukaannya pada hujung minggu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >