TAHUKAH ANDA?

Kelebihan daging wagyu

APAKAH itu daging wagyu?

Ia daging lembu Jepun (wa bermakna Jepun, gyu bererti lembu).

Wagyu pada asalnya digunakan untuk membantu dalam penanaman padi dan dipilih kerana ketahanan fizikalnya.

Ia sekarang turut diternak di beberapa negara seperti New Zealand, Australia dan Amerika Syarikat.

Wagyu diberi makan makanan lebih canggih seperti jagung, bijirin, herba alfalfa, barli dan jerami gandum.

Mengandungi kandungan asid lemak Omega-3 dan Omega-6, daging wagyu juga bebas daripada antibiotik, hormon dan kimia.

Wagyu digolongkan kepada empat baka - Japanese Black, Japanese Brown, Japanese Poll dan Japanese Shorthorn.

Daging wagyu terutamanya terkenal dengan teksturnya yang halus, mudah dimasak kerana empuk pada masa singkat dan lebih lembut.

Ia juga khususnya digolongkan dalam pelbagai gred iaitu daripada gred 0 hingga 9, bergantung pada lapisan lemak tak tepu di antara isi daging, atau marbling.

Gred itu bantu mengenal pasti mutu daging bergantung pada marbling dalam daging itu.

Lebih tinggi grednya, lebih bermutu daging itu dan lebih tinggi harganya.