Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Kuih keria buat pengguna ceria

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Kuih keria buat pengguna ceria

Guna gula melaka, bukan gula pasir seperti lazim
Oct 08, 2017 | 05:30 AM



CIK Husalimelati Hussin tidak sangka kuih keria gula melaka beliau - yang resipinya diambil daripada dalam talian - mendapat sambutan baik sejak kebelakangan ini.



Dalam masa enam bulan sejak perniagaan daripada rumah, Keria.Sg, dimulakan, ia telah berjaya menarik hampir 1,500 pengikut di Instagram - wadah yang digunakan bagi mempromosikan kuih tersebut.



Kuih keria yang ditawarkan Cik Husalimelati, 36 tahun, disalut gula melaka, bukan gula pasir seperti yang biasa dibuat sebelum ini.



Namun, kuih keria gula melaka bukan sesuatu yang dicipta Cik Husalimelati.



Apabila beliau teringin memakan kuih tersebut April lalu, ibu empat anak itu cuba membuatnya sendiri berpandukan resipi yang didapati daripada dalam talian.



"Sebelum itu, saya tidak pernah makan kuih itu. Saya cuma pernah melihat gambarnya saja.



"Jadi saya cari resipi yang paling mudah menggunakan bahan yang paling sedikit.



"Saya tak sangka ia amat mudah dibuat dan keluarga saya sukakan rasanya," kata Cik Husalimelati.



Atas dorongan seorang rakannya, Cik Husalimelati, yang mempunyai sijil kebersihan makanan asas, mula menerima tempahan bagi kuih tersebut April lalu.



Dua bulan kemudian, beliau berhenti kerja sebagai ejen insurans dan kini memberi perhatian penuh kepada perniagaan kuih kerianya.



"Saya memang sudah lama merancang berhenti kerja supaya dapat meluangkan masa bersama anak sulung saya yang menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) tahun ini.



"Selepas saya melihat perniagaan kuih keria ini berjalan agak baik, saya pun meletak jawatan," cerita Cik Husalimelati yang menetap di Bishan.



Beliau biasanya memulakan proses membuat kuih keria pada 4 pagi.



Selepas menyediakan bahan dan peralatan yang diperlukan, beliau berjalan kaki ke pasar dekat rumahnya sekitar 5 pagi untuk membeli 10 kilogram keledek madu.



Cik Husalimelati memberi panduan menggunakan tepung keledek dan tepung naik sendiri bagi melembutkan kuih itu.



Selepas menyediakan sarapan buat anaknya dan selepas mereka ke sekolah, beliau kembali mengepal kuih keria dan menggoreng.



Cik Husalimelati mempunyai cara unik membentukkan kuih keria, hasil idea suaminya.



Beliau mengepal adunan kuih itu menjadi bentuk bulat sebelum mencucuk penyepit atau chopstick bagi membuat bulat kecil di tengah-tengah.



Hasilnya, kuih keria gula Melaka Keria.sg mempunyai bentuk sama rata yang kemas dan comel.



Buat masa ini, Cik Husalimelati menerima tempahan bagi 300 kuih keria sehari kecuali hari Rabu yang merupakan hari cutinya.



Kuih kerianya dijual pada harga 50 sen setiap satu namun pelanggan yang membeli banyak kuih keria akan mendapat potongan harga.



Cik Husalimelati merancang membuat dan menggoreng kuih keria gula melaka di stesen live di majlis perkahwinan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >