Lebih banyak beli, lebih ‘murah’ harganya, Berita Rencana - BeritaHarian.sg
Subuh
5:38
Syuruk
7:02
Zuhur
1:09
Asar
4:34
Maghrib
7:14
Isyak
8:29

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Rencana0

Lebih banyak beli, lebih ‘murah’ harganya

Nov 29, 2013 | 05:37 PM

MENDAPATKAN makanan berharga $4.50 untuk makan tengah hari di daerah Orchard Road boleh dikatakan ‘murah’.

Ini kerana purata kebanyakan harga makanan di daerah itu lebih kurang $6 – itupun bergantung kepada jenis makanan dan tempat yang menjualnya.

Jika anda tidak cerewet, asal kenyang, Pezzo Pizza, di gedung membeli-belah ION (Food Mall, #B4) menawarkan sepotong piza (satu piza saiz besar dibelah enam) dengan harga $4.50.

Saiznya pula bukanlah kecil sangat, tetapi selebar tapak tangan.

Syarikat ini telahpun mendapat sijil halal daripada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Tidak seperti syarikat piza yang lain, di gerai Pezzo Pizza ini, lagi banyak anda beli, lebih murah harga piza yang ditawarkan.

Umpamanya, jika anda membeli tiga keping harganya $11.90 iaitu penjimatan $1.60 dan jika anda membeli enam keping piza harganya ialah $22.90 iaitu penjimatan $4.10.

Terdapat 10 jenis perisa piza yang disediakan setiap hari seperti Hola Hawaian, Hot Chick, Meat Munchers, Italiano Chicken dan Pizza Salami.

Cuma sayangnya, gerai piza ini tidak menyediakan tempat duduk bagi pelanggan menjamu selera.

Hot Chick merupakan piza yang dapat memenuhi cita rasa ramai kerana ‘topping’ piza ini menggunakan bahan kegemaran rakyat Singapura iaitu sos cili, menjadikan rasa piza pedas-pedas manis dan lembab.

Bahan lain yang digunakan ialah hirisan lada benggala hijau dan merah, bawang putih, isi ayam dan yang paling enak, sos cili.

Meat Munchers pula ialah piza untuk orang yang gemar memakan daging, kerana ia dipenuhi dengan campuran daging cincang, salami daging lembu, ham ayam belanda, bakon daging lembu dan sausej Italy.

Walaupun sejuk, kulit piza tidak keras malah masih boleh dimakan tanpa dipanaskan semula.

Sejenis perisa piza yang unik yang hanya boleh didapati melalui tempahan penghantaran ke rumah ialah piza sambal ikan bilis.

Sambal ikan bilis sebagai ‘topping’ piza ini, walau pedas memang sedap.

Memang lain daripada yang lain.

Cuma minyak daripada sambal melimpah dan menyerap ke kulit piza sehingga warna kulit piza menjadi kemerah-merahan, kelihatan berminyak dan tidak menarik.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map