Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

PRODUK BARU

Lima jenis pasta dan piza unik di Pastamania

Jan 25, 2014 | 12:52 PM



LIMA daripada 32 cef seluruh Singapura yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Cabaran Tahunan Cef Pastamania 2013 terpilih kerana berjaya mencipta hidangan perisa unik yang mewakili beberapa wilayah dan bandar di Italy.


Dengan mendapat inspirasi dari daerah-daerah Genoa, Sicily, Naples dan Tuscany di Italy, mereka mencipta hidangan khas menggunakan sama ada bahan atau sos yang berasal dari kawasan atau bandar tersebut.


Tiga jenis pasta dan dua jenis piza 'Kreasi Cef' yang dihasilkan oleh lima cef berkenaan kini boleh anda nikmati di restoran Pastamania dari sekarang sehingga 31 Januari nanti.


Berikut adalah butir-butir pasta dan piza 'unik' yang kini ditawarkan dan boleh anda nikmati di Pastamania.


Pasta al pesto Genovese - perisa Genoa


Pasta disaluti sos pesto dan disertakan dengan kekapis, tomato ceri dan kacang makadamia.


Gamberetti alla Siciliana - perisa Sicily


Pasta aglio-olio ini digaul dengan minyak zaitun, kepingan cili dan disertakan dengan udang dan buah zaitun hitam.


Pizza con spinaci - perisa Naples


Piza pastri tipis dengan topping sos alfredo, tomato ceri dan bakon ayam belanda.


Pizza alle olive in crosta - perisa Naples


Pastri piza disumbat dengan buah zaitun hijau dan diberi topping bakon ayam belanda, cendawan shiitake dan salad campuran.


Beef ragu alla Toscana - perisa Tuscany


Pasta ini digaul dengan stu daging lembu berperisa tulen.


 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >