Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Makan larut malam

Pemilik turut ambil langkah tambahan pertingkat kebersihan restoran bagi terus tarik pelanggan di sebalik koronavirus
Feb 23, 2020 | 05:30 AM



DENGAN waktu kerja yang panjang atau kerja syif, ramai yang mungkin tidak mendapat peluang untuk menjamu selera pada waktu malam bersama keluarga dan rakan-rakan mereka.



Jika mereka ingin makan malam, kebanyakan kedai makanan di pusat beli-belah biasanya tutup selepas jam 10 malam.



Namun, dengan adanya tempat makan yang dibuka hingga lewat malam, ramai yang dapat makan bersama orang tersayang mereka meskipun dengan jadual sibuk.



Antara tempat makan yang dibuka sehingga lewat malam ialah restoran Tang Tea House.



Perniagaan itu mempunyai lima cawangan dan juga sebuah dapur pusat bagi menyediakan kebanyakan sajian mereka.



Pengarah pentadbiran Tang Tea House, Cik Sharonne Tan, 56 tahun, berkata:



"Kami mempunyai beberapa pelanggan tetap yang selalunya datang pada waktu malam dan menikmati hidangan makanan laut secara alfresco (tempat duduk terbuka).



"Mungkin mereka tertarik dengan konsep tempat makan terbuka kerana ia lebih santai untuk mereka hang-out."



Perniagaan itu telah membuka cawangan pertama di Bedok Road pada 2003 dan baru-baru ini membuka sebuah cawangan kecil di bangunan Wisma Geylang Serai yang diberi nama 'Selera Serambi' tahun lalu.



Menurut Cik Tan, cawangan yang terletak di Jalan Kayu beroperasi hingga 3 pagi setiap hari.



Walaupun terdapat lebih banyak tempat makan yang memanjangkan waktu perniagaan, beliau percaya sebagai perniagaan yang telah lama wujud, ini bukan sesuatu yang perlu dibimbangkan.



"Bagi saya, restoran kami terletak di tempat yang mempunyai ramai orang... masakan lazat kami dan perkhidmatan pelanggan kami juga konsisten. Ini menawarkan pengalaman berbaloi bagi pelanggan," kata Cik Tan.



Satu lagi tempat makan yang popular pada waktu malam, Spize, percaya bahawa trend makan hingga larut malam ini semakin meningkat kerana ia seolah-olah telah menjadi budaya warga setempat.



"Kami memahami ramai yang bekerja sampai larut malam dan kebanyakan tempat makan malam tutup pada jam 10 atau 11 malam.



"Jadi kami memanjangkan waktu perniagaan supaya mereka boleh menjamu selera walaupun gerai atau tempat makan lain sudah tutup," kata seorang pengurus di Spize Bedok.



Cawangan Spize di Simpang Bedok beroperasi sehingga 3 pagi pada hari kerja dan 4 pagi pada Jumaat dan Sabtu.



Dengan waktu operasi yang dilanjutkan, restoran ini memerlukan sumber tambahan untuk mengekalkan perkhidmatan yang baik.



Menurut Spize, selain keperluan pekerja tambahan semasa waktu sibuk, mereka juga memerlukan lebih banyak perancangan dari segi bekalan bahan untuk masak dan juga ruang simpanan bagi bahan-bahan tersebut.



Sebagai restoran yang beroperasi 24 jam, Al-Azhar juga berhadapan cabaran yang sama.



"Dari sudut operasi, kami perlu menampung kos tinggi jika tidak ada pelanggan. Selain itu, jadual membersihkan restoran juga akan terjejas jika terlampau ramai orang," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Restoran Al-Azhar, Encik Husain Mansoor.



Walaupun menghadapi cabaran, beliau bangga kerana restorannya dapat menyediakan persekitaran di mana pelanggannya dapat berkumpul dengan keluarga atau rakan mereka untuk bersantai.



"Ramai yang mengatakan apabila mereka menjamu selera di Al-Azhar mereka rasa suasana ala kampung.



"Kebanyakan pelanggan saya 'membesar' dengan makanan di sini... sejak mereka bersekolah lagi. Ada di antara mereka sekarang sudah pun mempunyai keluarga sendiri," ujar pemilik generasi kedua yang berumur 33 tahun itu.



Antara hidangan popular pada lewat malam di Al-Azhar ialah ayam tandoori, naan dan juga makanan laut.



Sejak penularan koronavirus baru-baru ini pula para peniaga juga berkongsi bahawa mereka telah melihat jumlah pelanggan merosot sekitar sebanyak 50 peratus.



Bagi menangani situasi ini, Encik Husain telah menukar waktu operasinya - restoran itu beroperasi sehingga 2 pagi.



Ini antara inisiatif yang diambilnya bagi memastikan kakitangannya dapat membersihkan ruang makan di restorannya dengan teliti.



Dengan restoran-restoran lain turut mengambil langkah-langkah tambahan untuk menjaga tahap kebersihan, mereka berharap pelanggan akan terus menjamu selera di tempat-tempat malam kegemaran mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >