MINGGU lalu saya berkesempatan ke Purvis Street untuk mencuba makanan di sebuah restoran yang menawarkan sajian Amerika Latin dan Eropah moden - J's - yang kini semakin popular dalam kalangan penggemar makanan.
Apabila saya melangkah masuk, saya disambut dengan senyuman, suasana yang formal, selesa dan mesra. Hiasan dalaman yang eklektik pasti membuat anda rasa seperti di rumah sendiri.