Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Mi rebus syok!

Apr 04, 2014 | 07:52 AM



Biasanya, ramai orang menggunakan tetel untuk memasak kuah mi rebus, namun Cik Zahara Abu Bakar, 66 tahun, memilih udang geragau kering dan udang kukus sebagai bahan utama.


“Kalau pakai udang geragau kering, bau kuah wangi. Kalau pakai udang kukus, rasanya manis.”


Cik Zahara menerangkan bahawa beliau tidak pernah menggunakan tetel dalam masakan mi rebus. In kerana kuah yang dimasak dengan tetel kambing akan berbau hamis apabila sudah sejuk berbanding dengan udang.


Rasa kuah mi rebus yang lemak manis dan harum itu telah membuat ramai pelanggan tabah beratur di gerai milik Cik Zahara bernama Selera Kita. Deretan pelanggan itu tidak surut-surut sehinggalah sekitar satu petang.


Mi rebus itu disertakan dengan tauhu, sebiji telur rebus, daun bawang, cili hijau, bawang goreng dan limau sambal.


Gerai, Selera Kita, milik Cik Zahara telah terpilih sebagai yang terbaik dalam peraduan Singapore Hawker Masters 2013 anjuran bersama akhbar, The Straits Times dan Lianhe Zaobao.


Cik Zahara telah menjaja mi rebus bersama suaminya, Encik Awang Amir, 64 tahun, sejak 35 tahun lalu. Pasangan suami isteri itu mempunyai tiga orang anak dan tiga orang cucu.


Menurut Cik Zahara, beliau telah mendapatkan resipi mi rebus daripada mak ciknya.


“Mula-mula, cik jual periuk kecil. Mak cik ajar cik letak lengkuas, serai, bawang kecil, bawang putih. Cik yang pandai-pandai letak udang geragau kering dan udang kukus,” kata Cik Zahara.


Anak sulung tiga beradik perempuan itu telah membantu allahyarhamha ibunya berjualan di sebuah pasar kampung di kawasan Bedok Corner sejak usia lapan tahun. Allahyarhamha ibu Cik Zahara, seorang bangsa Cina Islam telah menjual sajian masakan Cina seperti mi kicap dan kuih-muih.


“Kalau tak tolong dulu, kena cubit,” kata Cik Zahara sambil tersengih.


Semua persiapan dan masakan mi rebus akan dilakukan di gerainya dalam tempoh sekitar dua setengah jam lalu beliau mula jualan pada 8.30 pagi.Beliau akan menyediakan kuah mi rebus dalam periuk kecil, sederhana dan besar.


Harga mi rebus pula amat berpatutan dari $1.20 hingga $2.


“Sebab, cik pemilik gerai pertama, sewa gerai tak mahal. Ramai anak-anak kecil makan mi rebus cik. Ada orang-orang tua makan sikit aje. Jadi, cik jual pinggan kecil, $1.20. Siapa nak makan banyak, bayar $2,” kata Cik Zahara.


Gerai, Selera Kita, terletak di Blok 58, New Upper Changi Road. Ia dibuka pada setiap Selasa hingga Khamis, 8.30 pagi hingga 12.30 petang.


 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >