Nikmati sajian Barat di taman indah

Restoran Taste Garden di bekas Bottletree Park telah mendapat sijil halal Muis, turut menampung pelbagai majlis termasuk perkahwinan

SEMASA menjalani Perkhidmatan Negara (NS), Encik Lee Soon Teck merupakan sarjan platun kepada rekrut baru seperti Encik Steven Pang.

Sebagai seorang yang bertanggungjawab ke atas platunnya, Encik Lee dianggap sebagai ketua yang menitik-beratkan penampilan yang rapi di kalangan rekrutnya.